Friday, 3 July 2015

Simpan Wang vs Simpan Emas




Baru-baru ini, Greece telah mengalami masalah kewangan yang telah menyebabkan negara itu hampir kehabisan wang. Bank- bank telah diarahkan untuk di tutup buat sementara. Ini menyebabkan rakyatnya tidak dapat melakukan transaksi wang.




Bagaimana dengan negara kita..?

 Peningkatam taraf hidup, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barangan asas dan keperluan, dan juga gst. Di tambah lagi mata wang kita yang merosot berbanding tahun-tahun yang lepas. Adakah terdapat alternatif yang bijak untuk mengelak dari semua masalah ini.

Jawapannya..Ya..

Kita hanya perlu teruskan hidup seperti sediakala, namun melalui rancangan. Kehidupan manusia adalah rancangan tuhan. Guru yang mengajar memerlukan  rancangan  mengajar, begitu juga kita. Bagi sesiapa terutama yang mempunyai keluarga, anak-anak yang semakin meningkat dewasa dan tanggungjawap yang besar yang di pikul setiap hari sudah tiba masanya untuk anda merancang. Kita hanya perlu teruskan hidup seperti sediakala tetapi dengan lebih berisitematik iaitu melalui rancangan. Kehidupan manusia adalah rancangan Tuhan. Guru yang mengajar memrlukan rancangan mengajar, begitu juga kita. Rancanglah kehidupan anda mulai hari ini, dan yang paling penting rancanglah kewangan anda mulai hari ini. Kepada ibu bapa atau sesiapa yang memerlukan motivasi tentang merancang kehidupan ini, buku ini  salah satu buku terbaik untuk anda baca.



 Mulai hari ini rancanglah setiap benda @apa yang anda ingin lakukan. Insyaalah, rancangan yang bagus ( baik) akan dipermudahkan ( dengan izin Allah).. Bagi diri saya dan keluarga, kami telah merancang untuk menyelamatkan wang hasil titik peluh suami saya. Kami menukarkannya dengan emas.






Hasil researh kami mendapati bahawa simpanan emas adalah selamat kerana ianya tahan inflasi. Disamping itu, kami tidak perlu sakit hati kalau kami tidak boleh membuat pengeluaran yang melebihi had pengeluaran. Kami juga tidak mahu wang itu menjadi 'tahanan' di dalam bank. Senang sahaja bila mahu mendepositkan wang. Tapi bila hendak dikeluarkan banyak pula prosedurenya.


Kami hanya menyimpan wang yang perlu untuk digunakan atau untuk kecemasan sahaja. Wang untuk simpanan masa depan, simpanan anak- anak kami tukarkan kepada bentuk emas. Lagi pun nilai wang yang kami tukarkan kepada emas pada hari ini akan tetap sama nilainya pada masa akan datang.

 Oleh itu, kami sangat bersyukur dan berharap rancangan kami akan mendapat keberkatan Allah. Kepada anda semua yang tidak mahu wang anda menjadi 'tahanan' pihak bank, apa kata merancang seperti kami. Tukarkan wang kertas anda kepada emas.   Anda boleh memulakan simpanan dengan hanya 1gram setiap bulan. Simpan 'cikit-cikit lama jadi bukit'. Emas ciptaan Allah, kertas hanya ciptaan manusia...

Selamat Beramal..

Selamat Berpuasa..


Dan Selamat Hari Raya Eidulfitri.....


 P/s: anda boleh hubungi saya untuk maklumat berkaitan emas di wassap/we chat/msg (0126984752) atau FB Yun Shuhaida @ Instagram Yun_publicgold.



















Saturday, 27 June 2015

Kata-kata Hikmah

Entry hari ini ialah quotation daripada kata-kata hikmah.

" one beautiful heart is better than thousand beautiful faces, so choose better people having beautiful heart rather than faces".....

" menyoal Allah itu tanda orang bodoh tetapi mempersoalkan Allah itu adalah orang yang mahu menjadi ahli neraka"
 = sebab kita mempersoalkan takdir...
 = menyoal adalah kerana mengharapkan bimbingan. Dan bimbingan yang baik hanya dating dari Allah.

"Tidur adalah kematian, dan kematian adalah kematian"- ibn Zaid.

"Saya tidak pernah membazirkan Wang sesuka hati saya. Saya belajar daripada bapa saya bahawa setiap sen itu amat penting kerana kita tidak tahu suatu hari nanti sen itu akan bertukar menjadi ringgit"- Donald Trump...

 Walaupun  kata-kata ini dilihat seperti ucapan biasa tetapi ianya mempunyai pengajaran bagi orang yang memahami...

Friday, 26 June 2015

The Richest Man in Babylon


The Richest Man in Babylon..



Buku ini pencetus idea untuk meningkatkan pendapatan kita..buku ini membantu sesiapa sahaja yang berazam untuk mengubati masalah poket kosong yang melanda kalangan masyarakat kita terutama golongan muda mudi yang terpengaruh degan cara hidup (lifestyle) mewah. Ilmu yang terdapat di dalam buku ini memerlukan pemahaman yang mendalam dan seterusnya menghasilkan tindakan susulan untuk menghasilkan result yang memuaskan hati.

Tanpa usaha dan kesedaran seseorang itu akan terlepas peluang menikmati kehidupan sebenar yang telah diatur oleh Maha Pencipta.

Buku ini menceritakan kisah-kisah kehidupan masyarakat Babylon yang telah berjaya mencapai kekayaan hasil daripada kesedaran mereka terhadap pentingnya membuat simpanan emas. Cerita yang terdapat di dalam buku ini terhasil daripada catatan-catatan hidup mereka yang telah di rekodkan diatas bongkah tanah liat. Rekod kehidupan yang dihasilkan oleh masyarakat Babylon menunjukkan mereka antara manusia yang mencapai kemajuan hidup walaupun penggunaan kertas masih belum tercipta.


 Hasil daripada pembacaan saya didalam buku ini adalah;
Kandungan cerita yang terdapat di dalam buku in menjelaskan bagaimana seorang lelaki terkaya di Babylon yang bernama Arkad menerangkan terdapat 7 penawar kepada pocket kosong;

1. Kumpul Wang.
Simpan 10% daripada hasil pendapatan setiap bulan. (Ini bukan 10% simpanan Kwsp tau!..)..

2. Kawal perbelanjaan.
 Tahan nafsu untuk berbelanja. Dewasa ini, terdapat banyak kehendak manusia yang kadang kala melampaui batas. Percambahan pusat-pusat membeli belah, jualan diinternet, dan in gin kelihatan trendy menyebabkan ramai antara kita mengalami masalah pocket kosong. So...kenalah Istiqamah OK!....

 3. Gandakan emas.
 "Emas yang disimpan daripada pendapatan kita adalah permulaan. Hasil yang diperolehi daripada emas itu akan membina kekayaan kita", kata Arkad..

4. Pelihara harta daripada kerugian.
 Melaburlah didalam pelaburan yang selamat, terjamin, dan yang terpenting pelaburan HALAL.

5. Jadikan tempat kediaman sebagai pelaburan yang menguntungkan.
 Carilah kediaman yang berfungsi sebagai pelaburan menguntungkan. Kontemporari, rumah yang mempunyai fasiliti seperti jalan utama, transportation, menjadi pilihan utama untuk penyewa.

6. Jamin pendapatan masa hadapan.
 Persediaan hari tua. Apakah yang akan kita tinggalkan untuk kelurga kita apabila kita sudah tiada. Takaful, pelaburan adalah antara alternative jaminan masa hadapan.

7. Tingkatkan keupayaan memperoleh pendapatan.
 Carilah ilmu, tingkatkan pengetahuan, menjadi lebih mahir.

 Disamping itu, buku ini juga mendidik kita tentang menjana pendapatan
 dengan bijak melalui pengetahuan 5 hukum emas.

1. Emas datang dengan mudah. Emas bertambah kepada sesiapa yang menyimpan tidak kurang satu per sepuluh daripada pendapatannya bagi mencipta harta untuk diri dan keluarga.

Simpanan 10% tadi boleh di gunakan untuk menambah stock emas yang sedia ada.

 2. Emas dapat bekerja dengan gigih untuk pemilik bijak bagi mendapatkan pekerjaan menguntungkan, serta menggandakan emas sebanyak dan seluas padang.

Pilih pelaburan yang bijak.contoh: arRahnu kan ada..!..kita boleh gadaikan emas untuk mendapatkan modal perniagaan. Business running (berkat doa dan usaha) dan emas selamat di ar-Rahnu.

3. Emas berpegang pada pemilik yang berhati-hati melaburkannya atas nasihat orang yang bijak mengurus emas.

 Emas akan lenyap ditangan orang yang cuai. Terdapat banyak buku-buku berkenaan dengan emas. Salah satunya adalah ini;


4. Emas akan terlepas daripada orang yang melabur dalam perniagaan, ataupun tujuan yang mereka tidak biasa ataupun yang tidak dipersetujui oleh orang yang major menyimpan emas.





Melabur dalam perniagaan yang kita tahu dan mempunyai pengetahuan tentang perniagaan tersebut bukannya hanya mengikut apa yang orang lain jalankan. (Sekarang ni produk yang menjadi tumpuan adalah produk kesihatan dan fesyen especially tudung & shawl)

5. Emas akan lesap daripada orang yang memaksa mendapatkan pendapatan di luar kemampuan, ataupun menurut nasihat penipu yang licik, ataupun menyerahkannya kepada nafsu, dan tidal berpengalaman dalam pelaburan.

Jangan biarkan nafsu mengawal diri, tamak, dan terburu-buru. Setiap perancangan ada risiko yang menunggu. Hendaklah kita berhati-hati terhadap setiap tawaran yang datang.

Sebagai penjelasan, buku ini mengandungi kunci kehidupan yang jarang di gunakan dan di praktiskan oleh kebanyakan orang. Dan 'master key' untuk menjana kekayaan adàlah simpanan yang kita asingkan untuk dari sendiri dan menukarkannya kepada emas. Emas inilah yang akan bekerja untuk kita sebagai (passive income) sehingga penghujung usia nanti.
:-) :-) :-) .....

Wassalam.....
























Wednesday, 3 June 2015

Buku Zero Hutang

Assalamualaikum...

Last post saya ada post berkenaan buku "Zero Hutang" yang telah di tulis oleh Mohd Zulkifli...Bagi saya buku ini sangat bagus kerana dia menerangkan tentang disiplin untuk menjadi kaya....
Kaya yang di maksudkan oleh beliau bukannya dengan gaya hidup@lifestyle yang nampak mewah hakikatnya poket kosong..tetapi tentang disiplin untuk memanafaatkan rezeki yang telah di kurniaan oleh Allah kepada setiap hambanya..

Apa guna drive kereta exclusive (husband saya selalu sebut executive..heheheeh)..tetapi tak mampu nak bayar ansuran bulanan atau selalu tertangguh ansuran bulanan..atau lepas bayar instalment kerete, poket dah nipis..duit belanja tidak mencukupi untuk perbelanjaan sebulan..

Kalau yang tinggal di bandar macam di K.L lagilah tak dapat nak tahan godaan..apa takyer..asyik2 sale...asyik2 sale..memanjang jer sale..sebab tulah duit kita tak pernah nak cukup..akhir sekali gali lubang tutup lubang..lepas satu, satu kredit card kita apply..

Experience saya selama lebih sepuluh tahun menetap di K.L..saya alami masalah yang di ceritakan oleh penulis..tapi sekarang sebab dah berkeluarga dan menetap bersama suami saya dah tinggalkan K.L..K.L tempat tumpuan kebanyakan rakyat malaysia untuk berhijrah..kalau boleh saya tak nak tinggal di K.L lagi..saya lebih suka suasana aman damai, jiran yang saling mengambil berat, tolong menolong,,..dan yang paling penting kehidupan yang harmoni dan semangat "kekampungan" yang masih kukuh di kalangan penduduknya..

Menurut zulkifli lagi, biar kita hidup di bawah kemampuan supaya kita tidak akan terbeban dengan masalah kewangan. Apa sahaja yang di rasakan tidak penting kita tak perlu pentingkan..penuhilah keperluan bukannya kehendak...kalau diikutkan kehendak memanglah kita akan susah sampai bila2..
Beliau mencadang supaya membaca buku2 berkenaan mendisiplan diri terhadap kewangan...

Alhamdulillah..ada antara buku2 yang beliau recomended tu saya dah baca..

Melalui pembacaan buku tersebutt, saya dapat membuat kesimpulan bahawa setiap apa yang kita lakukan, hendaklah di lakukan dengan istiqamah (displin) dan ikhlas kerana Allah, percaya qada'&qadar...dan ciptalah wawasan..insyaalah anda akan mendapat hasilnya (yang cemerlang).


P/s: kepada sesiapa yang berminat nak tahu tentang emas public gold boleh hubungi saya melalui wassap/msg/wechat (0126984752)
#PG code dealer: PG00055076
#Ghazali bin Abdul Gani (My Husband)

Friday, 27 February 2015

Project neo-zionisme

Drs.H.Toto Tasmara menyebut bahawa umat islam akan di racuni oleh Gerakan neo-zionisme melalui 9F,;

1. Financial- Zionism akan menghancurkan kekuatan kewangan umat islam melalui kekuatan kewangan..cnth; ribs

2. Food- Zionism merosakkan pola makanan..cnth, terdapat banyak restoran mknn several. Kadang2 umatbislam sendiri terlalu obses dengan kewujudan restoran2 makan several sehingga meletakkan halal dan haram sebagai perkara yang terakhir..

3. Friction - pertelagahan di kalangan umat islam..sekarang umat islam bergaduh sesama sendiri. Salah satu bala yang di turunkan oleh Allah adalah umat islam akan bertelagah sehingga akhirat.





4. Freethought - Zionism menyebarkan concept pemikiran bebas di kalangan umat islam

 5. Freedom of religion - zionisme membebaskan manusia daripada tatacara pemikiran berlandaskan agama. Mengasingkan agama dengan kehidupan seperti politic.

6.Film - Zionism mempengaruhi manusia melalui filem2, TV dan media. Sekarang dapat kita lihat terlalu bnyak rancangam berbentuk hiburan dan melalaikan umat islam.

7. Fashion/life style -Zionism menggoda umat islam mengikut cara kehidupan budaya mereka. Contoh sekaranag adalah melalui islamization of fashion. Walaupun kita mempunyai islamic fashion week tetapi adakah ianya betul2 mengikuti Islamic shari'at.? Jawapannya human 100% fashion yang dianggap mengikuti kehendak islam itu patuh shari'at. Kehidupan umat islam jug a bnyak di pengaruhi oleh budaya mereka. Mereka mempengaruhi umat islam dengan lehidupan modern yang langsung tidal mengikut shari'at islam.


8. Faith, sect, occultism -zionisme mencipta aliran2 mistik untuk menghancurkan umat islam. Umat islam sekarang terbahagi kepada beberapa aliran dan masing2 mempunyai ideology mereka sendiri tentang ajar an Islam.

9.Frustration - Zionism menimbulkan rasa kecewa di hati umat islam....

 (Quoted from the book entitled; Dasyatnya dajal dan simbol syaitan)

Adakah kita sedar kesemua 9 perkara ini sedang di tempuhi oleh kita. Semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat memanafaatkan kita semua....insyaallah...:-)...













Friday, 9 January 2015

Kelebihan membelanjakan harta pada Jalan Allah

I quote from the book entitled Fadhilat Sedekah.pg119...

Baginda Radulullah saw bersabda" Wahai anak Adam, belanjalah apa yang melebihi keperluan-keperluanmu; ini adalah baik bagimu. Jika kamu menggenggamkannya, maka itu adalah buruk bagimu. Simpanan sekadar keperluan tidak dicela. Pada masa memberi nafkah utamakanlah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk rezeki. (Sebab menafkahkan atas mereka adalah lebih penting daripada perbelanjaan atas orang-orang yang selain daripada mereka.)" Riwayat Muslim;Misykat.

 Keterangan hadith ini menyatakan bahawa manusia perlu membuat simpanan yang perlu sahaja seperti simpanan untuk keperluan diri dan keluarganya. Dengan membuat simpanan aka menghindarkan dirinya daripada meminta-minta daripada orang lain. Maka itu di benarkan. Selain itu sebaik-baik simpanan adalah dengan menyimpan di dalam bank Allah swt...


Keterangan daripada hadith ini adalah menyuruh kita supaya membuat simpanan sekadar untuk keperluan kita sahaja. Pada hari ini kita dapat lihat masyarakat suka mengumpul kekayaan. Mereka menjadikan keadaan sebagai penyebab until mereka menyimpan harta. Ada juga di kalangan masyarakat sekarang yang menjadikan mengumpul asset yang berharga sebagai hobi mereka. Hobi mengumpul barang bernilai atau  barang antik yang berharga menjadi trend dikalangan masyarakat sekarang.

Disamping itu, ada juga dikalangan masyarakat kita pada hari ini gemar membuat simpanan untuk masa hadapan seperti melalui simpanan takaful, saham,simpanan emas dan sebagainya. Ada antara mereka yang menjadikan simpanan itu sebagai satu jaminan untuk masa depan. Persoalannya sejauh mana jaminan masa depan yang diharapkan Oleg masyarakat kita ini?. Sebagai seorang yang beragama Islam yang merpercayai kepada qadha' dan qadar, adakah jaminan yang dijanjikan ini berhasil. Kita merancang than yang akan mentukan segalanya.


Tetapi dunia sekarang telah menjadikan ramai antara kita menjadi lebih pentingkan dari sendiri. Kita berusaha untuk menjadi yang terbaik, memiliki kekayaan seperti orang lain, cantik, dan sebagainya..


 Sekian dulu for today..


Wassalam