Saturday, 12 November 2016

EMAS SEBAGAI MODAL PERNIAGAAN


 Emas adalah kegemaran setiap wanita. Bagi sesetengah orang Emas menjadi salah satu sumber pendapatan perniagaan. Samaada mereka berniaga Emas, menjualnya sebagai perhiasan diri ataupun menjadikan Emas sebagai modal untuk perniagaan mereka. 
Saya bersyukur dilahirkan di Kelantan. Sebagai anak jati Kelantan Saya bangga melihat kebanyakan rakyatnya yang menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Walaupun Saya bukan lahir di kalangan keluarga bisnessman@peniaga tetapi sikap dan attitude kebanyakan orang kelantan yang suka berniaga menarik minat saya.


Suasana perniagaan di pasar khadijah menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke Negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah ini. 
Tetapi yang paling menarik minat saya adalah perhiasan Emas yang di miliki oleh makcik2 dan kakak peniaga di sini. Boleh di katakan, apa pun jenis perniagaan yang mereka jalankan, masing2 mempunyai perhiasan Emas yang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Rupa2nya barangan perhiasan yang mereka miliki ini merupakan salah aset terpenting untuk pelaburan perniagaan mereka. Sifat dan ciri2 Emas yang mudah di cairkan iaitu mudah untuk dijual atau digadaikan adalah salah satu faktor kebanyakan peniaga ini menjadikan Emas sebagai modal perniagaan mereka.

Di samping itu juga kelebihan Emas yang sentiasa menunjukkan kenaikan harga setiap tahun juga adalah faktor yang menyebabkan mereka menjadikan Emas sebagai pusingan modal perniagaan mereka.

Jadi kenaikan harga emas ini secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada pemilik2 ini. Keputusan bijak dengan menjadikan emas sebagai aset pusingan modal perniagaan secara tidak langsung menjamin perniagaan mereka terus kekal dan bertahan selama mana yang mereka kehendaki.

Dan di sebabkan itulah saya  dan suami memilih untuk melaburkan wang dengan membeli emas pengeluaran Public Gold. Kelebihan emas public gold adalah mudah untuk diurusniagakan kerana kemudahan cawangan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Di samping itu juga, public gold telah meluaskan lebar perniagaannya ke luar negara iaitu ke Singapore dan juga Indonesia. Di sebabkan inilah saya yakin bahawa emas keluaran public gold ini adalah pilihan terbaik kami.

Sebagai bonus tambahan kepada pilihan kami ini, public telah mengeluarkan Emas berstatus LBMA iaitu tanpa gst. Kerana itulah harga Emas public gold dijual lebih murah berbanding Emas keluaran company lain.

Kami juga menjadi dealer untuk company ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan Emas anda sebagai satu sumber pelaburan samaada sebagai modal perniagaan boleh mendapatkan Emas ni di public gold terdekat anda.

Sekiranya anda ingin membuat pembelian untuk pertama kali di public gold, anda di kehendak memberikan nama introducer untuk pembelian pertama. Anda boleh memberikan nama Ghazali bin Abdul Gani Pg00055076 atau nama Saya sendiri Nurul Shuhaida Binti Mohd Salleh PG00067105. Kami akan membantu anda berkenaan apa2 masalah yang berkaitan dengan pembelian Emas nant.