Monday, 4 January 2016

Rahsia Jutawan Islam 'Abdul Rahman bin 'Auf.

Abdul Rahman bin Auf terkenal sebagai jutawan Islam yang unggul dizaman Rasulullah (saw). Beliau dikenali kerana sikapnya, sifatnya dan sumbangan nya terhadap negara islam dan umat islam di zaman rasulullah. 

Bersama-sama kita menjejaki rahsia keunggulan jutawan islam ini.

Kekayaan Abdul Rahman bin Auf

9 Hijrah:-
  1. 200 dinar
  2. 500 ekor kuda (40 dinar seekor)
  3. 1500 ekor unta (10 dinar seekor)
32 Hijrah:-
  1. 80000 dinar
  2. 40000 dinar
  3. 1000 ekor unta
  4. 3000 ekor kambing (1dinar seekor)
  5. 100 ekor kuda 
  6. 700 ekor unta beserta brg dagangan.

Abdul Rahman seorg yg bersungguh-sungguh dan bijak dlm m'buat perancangn masa hadapan. Kejayaannya sebagai hamba Allah dan saudagar tuhan terhasil daripada transformasi dirinya untuk berkhidmat kepada agama Allah.

5 transformasi kejayaannya sbg seorg muslim menghasilkan 10 karakter unggul muslim.

  1. Faham:- 
Mempunyai kefahaman akidah dan paradigma yang jelas dan nyata - 1.membentuk visionary seorg muslim.

2. Rangka:-

Merangka strategi & gerak kerja dgn hati yang ikhlas selaras dgn kefahaman yang mantap - 2. Menjadikan seorg itu ikhlas dlm melaksanakan t'gungjawab.

3. Bina:- 

Membangun diri, ummah dan alam semesta dlm merangka suasana persaudaraan (ukhuwwah) - 3.melatih seorg menjadi muslim yg beramal. 4. Mengikat tali persaudaraan. 5. Menjadi muslim yg blh dipercayai (thiqah).

4. Pelaksanaan kata-kata:-

Kesungguhan kerja yg berpaksikan ketaatan dan sanggup berkorban apa shj tanpa pengaruh luar . 6. Membentuk kesungguhan (jihad). 7. Taat. 8. Pengorbanan (thadhiah)

5. Muhasabah:-

Berserah diri kpd Alah spy di tetapkan hati utk menrealisasikan matlamat tanpa diganggu gugat. 9. Menjadi seorg yg teguh pendirian  (thabat)  10. Menjadi seorg yg berperinsip (tajarrud).

Matlamat hidup Abdul Rahman bin Auf adalah menjadi saudagar tuhan.
Bersama-sama kita menjejaki kitaran hidup saudagar islam ini.

Abdul Rahman bin Auf telah menetapkan disipline di dlm setiap rangka kehidupan dirinya sehingga beliau muncul sbg jutawan dan saudagar tuhan.

Disipline yg ditetapkan oleh saudagar ini di bahagikan kepada 5 disipline

1. Nilai:- 
Beliau memiliki paradigma kaya. Beliau menetapkan bhw kekayaan dunia adalah milik Allah. Manusia hanyalah pemegang amanah. Setiap pemilikan harta yg diperolehi haruslah dibahagi-bahagikan kepada mereka yg layak menerima nya. Cnthnya hasil drpd pekerjaan dan perniagaan haruslah di bahagikan utk zakat, wasiat dan sedekah.

Bagi Abdul Rahman formula keberkatan kekayaan adalah:-

 Hak diri& keluarga (nafkah &sedekah)  + ujian dunia ( tunaikan hak Allah dan jauhi godaan iblis) = keberkatan harta.

Umat islam mesti menanam sifat untuk memiliki kekayaan kerana kehendak Islam itu sendiri adalah spy umat islam itu menjadi KAYA. 
Daripada Hakim dan Baihaqi, Rasululah berdoa "wahai Allah! Jauhkan aku dari kemiskinan dan kekafiran".

Nabi jg pernah berpesan "seorg muslim mesti membuat persiapan utk hari akhirat seperti dia akan mati pada esok hari, (dlm masa yg sama) dia bekerja keras utk kehidupan dunia seolah2 dia akan hidup selamanya". (Direkodkan oleh al-Dailami)

Kenapa umat islam mesti kaya?

Kekayaan yg dimiliki oleh umat islam adalah supaya umat islam dapat melaksanakan rukun islam yg ke4 dgn sempurna..iaitu mengeluarkan zakat.

Setiap muslim wajib mengeluarkan zakat. Utk mengeluarkan zakat umat islam mesti menjadi kaya.

Dimensi kekayaan :- 
kaya harta + kaya hati=  muslim yg unggul.

Muslim yg unggul akn sentiasa bersedekah..

Formula sedekah:- 
1-1=10...

Dengan memberikan 1 sedekah umat islam sedang menambah kekayaannya kpd 10x ganda.

Analisis;

Kekayaan umat islam adalah hasil daripada kemurahan yg maha pencipta dan maha pemurah. Hasil kekayaan yg diperolehi haruslah di tambah dgn memberikan zakat dan sedekah. Dgn ini tidak akan ada lagi umat islam yg miskin di dunia ini...

Perkongsian harta kepada mereka yg berhak akan mensifarkan kemiskinan umat islam. Dgn ini umat islam tidak akan di tindas oleh musuh-musuh islam. Sikap saling membantu sesama umat islam akan mengukuhkan ukhuwwah islam dan akan menguatkan benteng pertahanan umat islam itu sendiri.

Seperti mana Islam mengajar umatnya untuk merapatkan saf ketika solat begitu jugalah sikap membantu sesama umat islam ini akan menguatkan kuasa ukhuwwah sesama umat islam daripada musuh bukan islam.


2.Terokai jalan sutera:-
(To be continue)........