Thursday, 25 January 2018

Trevelog Umrah Musim Sejuk Bersama Anak Kecil (part 3)

Makkah - Madinah
.
Hari ke6 (khamis), rutin kami seperti biasa awal pagi pukul 2 a.m, kami berempat (termasuk baby Azzahra) dah turun untuk melakukan tawaf sunat. Hari ini hari terakhir kami di Makkah. Jadual aktiviti kami tak banyak berubah. Di sebabkan, hari ini hari terakhir, kami ada beberapa jam sahaja sebelum bertolak ker Madinah.
.
Sempatlah kami shopping sikit untuk bekalan perjalanan ke Madinah nanti. Tepat jam 10a.m, kami ke masjid untuk tawaf Wada. Tawaf Wada' adalah tawaf terakhir sebelum meninggalkan bumi Makkah. Tawaf ini juga di kenali sebagai tawaf selamat tinggal baitillah. ๐Ÿ˜ฅ
.
Selesai Tawaf Wada, kami tidak boleh lagi shopping, bergambar, dan solat di dalam masjid..jika tidak akan dikenakan dham atau denda. Ustaz cakap seekor kambing๐Ÿ˜–.. So, selesai tawaf, kami terus ke surau di hotel safwa tower, menunggu untuk solat zuhur. Selesai solat zuhur, kami semua ke tempat makan.
.
Seperti yang telah saya ceritakan di episod part 2, kami hampir-hampir di tinggal kan๐Ÿ˜†..so next time, please alert dengan info mutawwif yer..nasib baik kami tak kena tinggal dengan group๐Ÿ˜†..
.
Perjalanan agak jauh, kalau boleh bawalah kekacang, atau ambil sahaja makanan kat restoran..hehehe..kekacang pun penting time² macam ni..air saya rasa boleh ambil dari restoran..Dan lagi, paling penting jangan tinggal spray water untuk berwudhu๐Ÿ’.
.
Padang pasir jer...di sebabkan saya bawa baby fatima, kadang-kadang risau kalau baby fatima buang air besar@poo-poo๐Ÿ˜†. Namun Allah permudahkan. Kalau tak mana nak stop bas, kat tengah-tengah padang pasir ni..๐Ÿ˜ช.
.
Hentian atau R&R di sana tak sama macam kat sini. Tandas nya oklah..masih boleh digunakan..tapi tak se selesa kita disini. Kalau orang ramai yang berhenti lebih baik guna sahaja spray water tu untuk berwudhu. Kalau nak tunggu masuk toilet pun, tunggu lepas solat..at leat orang dah tak ramai yang beratur. Itu yang saya buat. Kalau bawa baby, kalau rasa diaper baby perlu di tukar baik buat cepat-cepat. .
.
Setakat ni alhamdulillah, sepanjang berada di Makkah dan Madinah, sistem percernaan baby fatima tak membebankan saya. Sebelum bertolak baby fatima akan "membuang siap-siap" dekat hotel๐Ÿ˜†. So saya dah tak risau dia poo-poo lagi. Lagipun bas perjalanan ke Madinah hanya akan berhenti sekali sahaja.
.
Di sebabkan kami bertolak selepas zuhur, kami hanya solat qasar untuk asar. Lebih kurang 9- 10malam kami tiba di Kota Madinah.
.
Semasa memasuki kota Madinah, saya dapat lihat kota Madinah yang bercahaya penuh lampu terang benderang. Kali ini ustaz baca doa memasuki kota madinah..๐Ÿ˜Š..Kata ustaz waktu malam dan waktu siang di kota Madinah tidak berbeza. Siang seperti malam dan malam seperti siang..sama sahaja. Tak tahu orang kat madinah ni tidur waktu bila..๐Ÿ˜‰.
.
Sampai di Madinah, kami telah di tempatkan di hotel alFairuz..sepatutnya kalau ikut package, hotel yang sepatutnya kami menginap ialah hotel al JawHarat Al Rasheed. Tapi, kami dah cukup selesa tinggal di Safwa tower di Makkah (package asal adalah hotel Hilton), semua ahli group tak ada nak complain apa-apa pun.
.
Hotel sekitar Masjid Nabawi adalah sekitar dan mengelilingi Masjid sahaja. Cuma, hotel yang kami menginap ini agak jauh bagi jemaah wanita, sebab kami kena pusing masjid Nabawi untuk ke bahagian perempuan. Kalau nak ke Rawdhah lagi jauh..๐Ÿ˜ฅ..jenuh jugalah saya mendukung baby Fatima..๐Ÿ˜ญ..Tapi yang untungnya jamaah lelaki sebab diorang tak perlu pusing jauh untuk masuk ke Bab Assalam.
.
Malam pertama tiba ialah malam jumaat bersamaan dengan 12RabiulAwwal. Ustaz cakap pada pagi jumaat nanti akan ada sambutan Maulidul Rasul. Itu adalah kali pertama ianya akan diadakan. Kalau sebelum ni memang kerajaan arab saudi tak benarkan atas sebab -sebab keselamatan dan sebagainya.
.

Gambar: Masjid Nabawi ketika waktu malam. Dibawah kubah hijau adalah makam Nabi. Di situlah juga terletaknya Rawdhah (taman-taman syurga). Dan untuk pengetahuan payung di sekeliling Masjid Nabawi hanya akan dibuka bermula waktu subuh. Dan kos setiap payung tu adalah 1juta riyal..๐Ÿ˜ฎ
.
.
So selesai check in hotel, ustaz bawa dulu kami melawat masjid Nabawi. Seperti yang Ustaz cakap akan ada dibuat sambutan maulidul rasul keesokannya, namun tak berapa pasti. Selepas ustaz membawa jamaah lelaki memasuki bab Assalam, kami semua beransur pulang ke hotel. Ketika kami beredar, tiba-tiba sahaja berlaku sedikit kekecohan. Tapi bukan dari group kami๐Ÿ˜…. Ada jamaah dari luar negara yang buat kekecohan (negara mana saya tak pasti). Selepas penangkapan di buat oleh penguatkuasa Arab saudi keadaan kembali sedia kala.
.
Hotel yang yang kami diami ni tak berapa selesa, lift yang bermasalah, slow sangat dan tak boleh memuat ramai pengguna. Saya perhatikan ramai jamaah dari turki dan mungkin pakistan yang menginap di hotel ini. Makanan juga sekadar boleh alas perut. Kami makan di dewan makan dan caterernya adalah orang Indonesia. Kalau tak berapa minat makanan Indonesia..sabar jer lah..๐Ÿ˜ฅ
.
Namun begitu ahli group kami ni tak berkira sangat sebab mungkin ramai yang dapat tinggal bersama-sama family, termasuk lah saya dan family. Alhamdulillah..walaupun makanan tidak sesedap semasa menginap di Mekah, bolehlah telan untuk alas perut. Kalau nak kenyang boleh beli makanan arab di luar hotel๐Ÿ˜‹..range harga 10-15riyal..
.
Kiosk - kiosk kecil yang menjual kebab ada yang buka sampai lewat malam. Saya rasa diorang tak pernah tutup kot๐Ÿ˜Š..oh ya! Starbuck pun ada tau..๐Ÿ˜†..
.
 Sepanjang di Madinah saya tak ambil gambar banyak..yang ada 2@3 keping sahaja. Itu pun dah hilang sebab hp saya rosak selepas pulang dari sana tu๐Ÿ˜ช.
.
Orang kata, kalau nak shopping, Madinah lah tempat nya. Baju-baju nya murah-murah. Tapi setakat yang saya observed harga baju tak jauh berbeza dengan harga di Makkah. Aktiviti di Madinah bebas. Kalau nak ke mana-mana kena tanya ustaz atau bagitau jer ustaz nanti ustaz akan bawakan.
.
Di Madinah ada pasar kurma. So pada hari ke2 ada yang ikut ustaz pergi pasar kurma. Harga kurma di pasar kurma pun tak mahal ustaz cakap. Tapi kami tak plak ikut. Sebab suami saya nak beli semasa ziarah jabal uhud nanti..lagi murah ustaz cakap katanya..tapi apa yang saya dengar harga kurma dikedua -dua tempat ini murah..mana-mana je lah...๐Ÿ’....
.
Di Madinah kami suka buat hal sendiri. Bila tiba masa sembahyang kami akan sendiri-sendiri ke masjid.  Lagipun di madinah, acara ziarah  hanya sekali sahaja iaitu pada hari ke3.
.
Hari ke3 kami di Madinah, ustaz bawa kami melawat masjid Quba. Masjid ini adalah masjid pertama di bina oleh Nabi SAW selepas tiba di Madinah. Kami bertolak awal pagi selepas breakfast. Jarak Masjid tidak jauh, so kalau boleh ambil lah wudhu siap² dekat hotel. Jamaah tak perlu cakap..memang mana -mana masjid yang kami lawati semua penuh dengan jamaah dari serata dunia. So jangan tinggalkan spray wudhu dekat hotel. Bawa jer kemana-mana kita pergi.
.
Di Masjid ni kami bersembahyang sunat dhuha. Memang saya tak ada peluang nak masuk solat dalam masjid.. Penuh dengan jamaah. So saya dan bonda sabah hanya solat di ruang luar sahaja.
Seperti biasa. Sekitar masjid ramai orang menjual๐Ÿ˜„..so, jangan sampai lari tujuan..nanti lama plak driver bas nak kena tunggu..hehhee..
.
Saya dan suami bergilir-gilir solat. Saya tak mampu nak bawa baby fatima..sebabnya bus hanya berhenti di tepi-tepi jalan..lepas tu kita kena cross jalan yang penuh sesak dengan bus dan kereta yang besar-besar. So, kita ni orang asia, saya risau kalau-kalau pemandu bas dan kereta tak nampak kami. Dahlah kami ni species yang kecik jer..bukan macam mak-mak arab tu..๐Ÿ˜„
.
Kalau boleh cross jalan tu bersama-sama orang lain. Risau tau..๐Ÿ˜Œ..walaupun saya rasa tak der kot kemalangan berlaku..hehhee..lagipun saya tak nampak ada jejantas kat area situ...pelikkan naper kerajaan arab saudi tak buat jejantas..๐Ÿค”..kan bagus memudahkan jemaah๐Ÿ˜„..
.
Selesai ziarah masjid Quba kami ke ladang kurma. Harga kurma dekat ladang kurma agak mahal. So di sarankan untuk tidak membeli dekat situ๐Ÿ˜…..kami pergi sekadar melawat je lah...tapi sepanjang perjalanan dengan bus, driver bas pun ada menjual..minyak zaitun, serbuk kurma, tasbih wangi dan macam² lagi..dan harga yang diorang tawarkan lebih murah berbanding dekat kedai..so kalau nak boleh lah beli..
.

Ustaz sedang membaca doa  di makam Saidina Hamzah.

Selepas itu kami ke jabal uhud. Di sana terdapat makan Syuhada saidina Hamzah.  Dsini terdapat ramai penduduk tempatan yang menjual kurma, dan bermacam buah yang kita boleh bawa balik ke Malaysia nanti. Sempat lah kami beli 3kotak kurma Ajwa @ Nabi..50riyal untuk 3 kotak. Kami tak banyak membeli. Sebab utamanya, budget tak banyak, sebab kami ke sana untuk ibadah dan lagi satu semua yang djual disana ada di jual dekat kelantan๐Ÿ˜‰.
.
Kalau nak pergi jer ker Jaafar Rawas. Beratlah nak bawa barang yang dibeli, baby fatima lagi..๐Ÿ˜ฅ..tak perlah.. Beli yang betul-betul tak der jer seperti habbatus Sauda'.
Saya beli kurma segar..hmmmm..sedap..๐Ÿคค..kalau kurma kering, beli jer kat Malaysia. Kurma segar tu tak boleh bawa balik Malaysia..kena habiskan dekat sana jugak..๐Ÿ˜‰
.
Pasar sekitar masjid nabawi. 


Tempat ini berada diluar pagar tidak jauh dari masjid Nabawi. Tempat ini dikatakan tempat nabi bermesyuarat dengan para sahabat baginda. Dan keadaan taman ini masih di kekalkan sama seperti zaman nabi. 




Selesai aktiviti ziarah kami dibawa oleh ustaz untuk menziarahi sekitar masjid Nabawi lagi sekali. Sepanjang ziarah itu kami jumpa beberapa pasar (seperti pasar dekat malaysia). Peniaganya adalah penduduk tempatan. Barangan yang dijual seperti jubah, makanan, kurma, coklat dan pelbagai lagi. Tapi saya tengok banyak barang buatan china. Kami beli coklat jer. Coklat tu dari turkey Selesai ziarah, sementara menunggu masuk waktu zuhur, kami berkumpul sekejap berdekatan pintu 30 sambil mendengar tazkirah yang disampai oleh ustaz.

Tazkirah ringkas dari ustaz sementara menunggu solat zuhur.
.
Dari pintu 30, kita dapat lihat perkuburan baqi'. Perkuburan ini adalah perkuburan para shuhada', sahabat nabi dan terdapat juga makan isteri baginda 'Aishah R.A. kebanyakan yang menziarah perkuburan tersebut adalah jamaah lelaki. Ustaz cakap jamaah perempuan tidak dibenarkan.
.
Kebanyakan mutawwif akan menceritakan sedikit sebanyak sejarah ini ketika ziarah, so kalau murawwif tu tak bercerita silalah bertanya.๐Ÿ˜†. Setakat kami mengikut rombong dari Tiram ini, alhamdulillah mutawwif yang membimbing kami sangat bertauliah.
.
Selesai solat zuhur aktiviti kembali seperti biasa, ..bebas.. Bila bebas kami pun pusing kedailah..๐Ÿ˜†..saya dan suami tak banyak shopping sebab bukan tujuan kami nak datang untuk shopping.. Yang banyak shopping adalah mak sabah๐Ÿ˜‹..banyak jugak buah tangan dia beli untuk saudara-mara dia...
.
Sebenarnya, kalau nak shopping, kena list betul-betul barang nak beli. Sepanjang kami di Madinah, masa untuk kami shopping tak banyak, sebabnya sama jer seperti di Makkah, setiap kali tiba waktu solat, kedai akan di tutup. Dua kali juga lah saya pergi ke kedai yang sama untuk beli jubah.๐Ÿ˜ฅ. Itu pun sebab, saya sudah kehabisan jubah. saya kesana bawa 4 pasang jer. Kalau tak kerana ke4 pasang tu kotor, saya pun tak nak beli. Nak mencari yang sesuai untuk mamy anak kecik , yang nursing friendly mana ada..memang payah betul..tapi alhamdulillah..jumpa jugak walaupun tak berapa nursing friendly.
.
Kali pertama sempat tengok jer..bila nak fitting dah kena halau keluar๐Ÿ˜’.."hajjah..hajjah..solat..solat.."๐Ÿ˜†..so kenalah letak balik. Kali kedua saya pergi tak banyak songeh dah..terus ambik..cuba pakai dan bayar. Opps!! Kebanyakan atau memang rasanya tak ada kedai yang ada fitting room kot..๐Ÿ˜Œ..so kena make sure brg yang kita nak tu betul size yer..huhuhh..kalau tak naya nak kena menapak kali ke3..๐Ÿ˜„.. bila nak bayar kaunter dah nak tutup. Siap dah tutup lampu..๐Ÿคฆ..
.
Saya ada terbaca di blog bahawa orang arab lebih suka shopping waktu malam. Tapi kami tak lah plak nak shopping waktu malam..dah letih๐Ÿ˜ฅ..baik balik tidur. Pagi-pagi besok nak kena bangun awal ke masjid..
.
Malam ke2 terakhir di madinah, saya nak ke Rawdhah bersama ustazah. Kata ustazah jumpa selepas Isya'...Tapi di sebabkan tunggu punyer lama ustazah tak kunjung tiba, saya dan bonda sabah redah jer pergi sendiri. Rupa-rupanya ustazah dah tahu kalau pergi awal lepas isya' memang Rawdhah akan penuh. So diorang semua pergi dalam pukul 10mlm. Bila dah lewat, jamaah tak ramai..so tak perlu lagi nak berebut-rebut.
.
Pintu untuk ke Rawdhah adalah dari pintu 25-29..so boleh masuk melalui mana-mana pintu ini. Tak perlu berebut. Memang akan tetap ada peluang untuk masuk. Tapi, bila berurusan dengan selain orang asia ni memang 'pening' saya tengok. Diorang seperti orang hilang waras dah. Berebut-rebut. Yang bertongkat pun berebut. Kan pening tengok..๐Ÿคฆ. Usia bukan penghalang juga tau๐Ÿ˜„. Yang berebut -rebut nak memasuki Rawdhah tu bukan muda-mudi tau..adoiiii..!!!..
.
Tapi mungkin rezeki baby fatima, kami tak perlu berebut. Ada jamaah yang memaklumkan petugas di Rawdhah bahawa saya membawa baby kecil. So diorang benarkan saya dan bonda untuk masuk dahulu. So, kami dapat masuk ke Rawdhah dengan tenang.๐Ÿ˜
.
Menuggu giliran untuk masuk ke Rawdhah. 

Di Rawdhah kita akan nampak pagar makam Nabi. Semasa menunggu giliran untuk masuk ke Rawdhah bolehlah bacakan doa dan memberi salam kepada Nabi Muhammad Saw. Menurut ustaz lagi, di dalam Makam Nabi terdapat 4 kubur iaitu Makam Nabi sendiri, Abu Bakar, Umar dan satu lagi kosong. Yang kosong itu adalah untuk Nabi Isa A.S.
.
Semasa lawatan di Masjid Nabawi pada hari ke3 ustaz juga menceritakan bagaimana percubaan kaum Yahudi yang cuba menceroboh untuk mencuri jasad Nabi. Namun, Allah maha berkuasa, percubaan itu gagal dilaksanakan.
.
Suasana Rawdhah memang penuh dengan jamaah. So kena pandai cari port yang kosong untuk solat. Rawdhah adalah tapak asal rumah Nabi Muhammad. Dan ianya memang kecil. Hanya terdapat 4 keping hamparan permaidini hijau sahaja. Tiang saya tak sempat nak bilang..hehehee๐Ÿ˜„..tapi memang kecik sangat. Saya bergilir solat dengan bonda sabah. Mak arab yang ada kat situ langsung tak bagi kami peluang solat. Saya tengok dia sujud..bangun..sujud..bangun..saya tak tahu dia solat ke apa๐Ÿคท..tapi bagi saya kalau solat tak nampak ianya seperti solat. .
.
Mungkin dia banyak berdoa. Sebabnya, memang rules di Rawdhah, anda tidak dibenarkan berdoa. Kalau nak berdoa, berdoalah ketika sujud. Kalau penjaga arab tu nampak anda berdoa, memang diorang akan halau untuk bagi peluang pada orang lain plak untuk solat.
.
Ada juga jamaah yang setia menunggu ahli kumpulannya seperti jamaah dari Indonesia. Diorang siap buat pagar supaya diorang dapat solat.dah rugi beberapa ruang untuk solat kat situ. Kan bagus bagi jer jamaah lain solat. ๐Ÿ™„
.
Selesai di Rawdhah, kami kembali ke hotel. Kalau lapar, kedai kebab masih dibuka. So , sempatlah kami beli makanan. Mana tak lapar, kami tak sempat makan malam sebab menunggu giliran untuk masuk ke Rawdhah.
.
So, kalau nak pergi ke Rawdhah janganlah pergi awal. Kalau nak pergi, seeloknya selepas makan dan lewat sikit. Sebab pintu Rawdhah akan di tutup pukul 11malam,  so paling ideal pergilah pukul 10 malam dah ok. Orang pun tak ramai. Kita pun tak perlu berebut-rebut dengan jamaah lain tu. Perut pun xder lah lapar. So, ibadah kita akan lebih tenang lagi. ๐Ÿ˜‰
.
Hari terakhir kami di Madinah, kami di arahkan oleh ustaz untuk Ziarah wada' atau ziarah selamat tinggal kepada Nabi..saya dan bonda lakukan selesai solat subuh. Ziarah wada untuk jamaah perempuan adalah sekitar pintu 25-29..tapi sebab saya tidak tahu, saya buat ziarah wada' itu di pintu 5 kot. Tempat itu adalah untuk jamaah lelaki. Akhirnya kena halau dengan pak arab yang sedang menjaga dekat situ๐Ÿ˜Š. Tapi saya cepat-cepat habiskan doa. Takkan nak patah balik ke pintu 29 tu..jauh nun..penat nak mendukung baby lagi..๐Ÿ˜ฅ..selesai ziarah wada' kami terus pulang ke hotel untuk bersarapan.
.
Segala barangan  yang hendak dibawa pulang telah siap  dibawa turun oleh suami sejak malam lagi. Disebabkan keadaan lift yang bermasalah ketika waktu pagi sehingga awal malam, ustaz menyarankan kepada kami untuk menyiapkan segala -segalanya ketika malam. So, waktu pagi tu tak der lah nak berebut guna lift semuanya๐Ÿ˜†.
.
Selesai semua urusan check out hotel, kami semua menaiki bas ke lapangan terbang jeddah. Disebabkan perjalanan jauh, pihak agensi tiram, menyediakan makan tengahhari (bungkus), untuk dimakan di dalam perjalanan nanti.
.
Semasa perjalanan terakhir tu, ustaz ada menyampaikan beberapa tazkirah terakhir. Dan pesanan paling penting adalah kalau sesiapa yang ada terambil apa-apa dari tanah haram sila pulangkan. Tak kira lah walaupun hanya beberapa ketul batu. Apa-apa jua dari tanah haram tidak boleh di bawa keluar dari tanah haram katanya.
.



Sesampai kami di airport, kami berkumpul untuk checkin luggage. Suasana agak kecoh jugak sebab terdapat beberapa  beg jamaah yang terpaksa di buka sebab diorang bawa pulang air zam-zam. Rupa-rupanya kerajaan arab saudi memang tak benarkan langsung penumpang membawa pulang air zam-zam walaupun dalam botol kecil jer.
.
So terpaksalah diorang tu semua buka balik luggage yang siap wrapping tu. ๐Ÿ˜ฃ. Staff airport cakap bila scan luggage yang ada air tu diorang nampak air tu kelihatan seperti bom di dalam screen. Hmmm....๐Ÿค”.So , cukuplah dengan yang free 5liter tu jer๐Ÿ˜…. Next time, kalau datang makkah atau madinah, minum air zam-zam tu puas-puas..๐Ÿ˜…..
.
Siap urusan di kastam, kami memulakan penerbangan ke Colombo seperti juga perjalanan semasa kami datang ke Makkah. Selepas transit dan rehat di Colombo beberapa jam, di sebabkan masalah technical..penerbangan kami terpaksa di tangguhkan. Selepas itu barulah kami memulakan perjalanan pulang ke tanah air. Sampai di KLIA sekitar tengahhari. Setelah selesai urusan di KLIA kami semua beransur-ansur pulang.
.

Ustaz mengaminkan bacaan doa sebelum berpisah.

Ada yang family datang jemput..ada yang mengunakan perkhidmatan bas percuma dari wakil tiram. Kami ambil limosin untuk pulang ke Kelantan. Kos limosin kelantan adalah rm500. Pada mulanya, kami nak naik bus jer sebab harga tiket flight agak mahal sebab kami tak booking awal. Tapi rezeki jumpa pemandu yang sanggup hantar kami sampai ke kelantan, so rezeki janganlah di tolakkan.๐Ÿ˜…..
.
Sampai di kelantan lebih kurang pukul 2@3 pagi. Hero dua orang , abu dzar dengan yusuf masih lagi tidur. Tunggu pagilah kejutkan diorang.๐Ÿ˜†..Alhamdulillah..perjalanan umrah kami berjalan lancar.
.
Sekian
.
Semoga pengalaman umrah bersama anak kecil saya baby Fatima Azzahra' memberi satu paradigma baru dalam hidup kami sekeluarga. Ameen..

P/s : kredit photo oleh ustazah juwariah omar. ๐Ÿ˜