Thursday, 28 December 2017

Travelog Umrah Musim Sejuk Bersama Anak Kecil (part 2)

Part 2....

From Klia to Jeddah to Mekkah
.
Tepat jam 5.30 kami semua berkumpul di gate 8..dah ramai yang hadir ketika itu..ada yang keluarga hantar..mutawwif yang membimbing kami adalah ustaz Bukhari. Orang Kedah.
.

Penerbangan kami akan transit di Colombo selama 4 jam. Dari Colombo kami meneruskan perjalanan ke Jeddah..semasa dalam flight saya request baby bassinet untuk baby saya. Perjalanan agak lama..so kalau bawa baby kecil baby bassinet ni sangat membantu..

Bila sampai di Jeddah, selesai urusan kastam kami meneruskan perjalanan ke Mekkah dengan menaiki bas.
Kami sedang menunggu bas. Suami dah bersiap memakai kain Ihram  semasa kami transit di Colombo. Kami niat ihram semasa dalam flight.
.
Perjalanan umrah kena banyak bersabar. Terutama ketika berada di kastam😥..Ustaz dah pesan siap², walaupun arab saudi kaya raya, sistem diorang guna macam sistem teknologi yang kita guna zaman 90an..so faham-fahamlah yer😌..
.
Setelah bas sampai kami semua memulakan perjalanan ke Mekah. Hati berdebar-debar. Saya rasa sesiapa sahaja yang baru pertama kali sampai disini akan mempunyai perasaan yang sama seperti saya..excited, bersyukur dan macam-macam perasaan hadir ketika itu. Penat perjalanan hilang bila sampainya kami ke Tanah Haram.
.
Saya banyak merujuk buku panduan semasa dalam perjalanan..especially untuk bacaan doa. Disebabkan ustaz kami tak baca doa ketika bas kami memasuki tanah haram , maybe dia lupa atau penat kot😄..so saya baca jer sendiri..
.
So kalau pergi kesana buku panduan umrah jangan sesekali tinggal atau letakkan didalam beg luggage@kargo. Seeloknya sentiasa bawa bersama² setiap masa😉. Beg sling saya agak berat dengan barang babynya lagi tapi alhamdulillah tidak membebankan. Mungkin berkat tanah haram😍.
.
Mengikut package yang kami ambil, sepatutnya kami menginap di Hilton Hotel, namun rezeki datang tanpa diduga, kami diberitahu bahawa kami akan berpindah ke Hotel Safwa. Jarak Hotel Safwa lebih dekat..
.
Selesai check in, kami meneruskan umrah pertama kami. Untuk sepanjang tahun ini sehingga Ramadhan tahun depan 2018, penyelenggaraan telaga zam-zam sedang di jalankan.. So ruang untuk jemaah melakukan tawaf sangat terhad.
.
Hanya mereka yang memakai kain ihram sahaja dibenarkan tawaf di hadapan Ka'abah. Semasa permulaan tawaf kami masih lagi mengikut jejak ustaz, namun lama-kelamaan ustaz hilang dari pandangan kami. Manusia semakin ramai, namun kami meneruskan juga. Nasib baby Azzahra' tidak meragam..😃.
.
Selesai tawaf, kami keluar dari kawasan tawaf menuju ke kawasan solat untuk solat sunat tawaf. Saya dan suami terpisah. Bila selesai solat, saya dan bonda sabah cuba cari suami tapi tak jumpa. Manusia terlalu ramai.
.
Saya putuskan untuk tidak menunggu. Lalu saya dan bonda sabah teruskan ke tempat Sa'ie. Tapi kami sesat..😥..bonda sabah pun lupa..maka terpaksa lah kami redah jer dan tanya guard yang bertugas sekitar masjid.. Kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Mereka lebih tahu berbahasa melayu dari orang putih😄..
.
Rupanya tempat Sa'ie tu tak jauh pun. Cari jer lampu hijau..lampu hijau sebenarnya adalah tempat permulaan untuk tawaf , tapi kawasan atau exist untuk ke tempat Sa'ie adalah berdekatan dengan lampu hijau itu. Tempat Sa'ie di tingkat 2. So kami kenalah pusing. Agak jauh ditambah pulak jamaah semakin lama semakin ramai.
.
Sampai di tempat Sa'ie kami memulakan sa'ie. Rupanya bukan saya jer yang terpisah, ramai lagi yang terpisah rupanya😕. Orang pertama yang saya jumpa semasa Sa'ie adalah seorang jemaah muda yang datang bersama isteri dan ibu dan bapanya. Nasib baik dia cam saya.😅. Mungkin sebab hanya saya seorang sahaja yang bawa baby kecil ketika itu. Dia tanya" akak jumpa ustaz". Saya kata "tak tahu". " Suami akak mana?"..saya kata "ntah. Hilang tak jumpa-jumpa lagi". 😃..
.
Dalam pada yang sama, saya berdoa supaya cepat-cepat diperjumpa dengan suami. Badan saya dah tak tahan sakit mengendong baby, dari permulaan tawaf lagi. Alhamdulillah..tidak lama selepas beberapa pusingan akhirnya kami jumpa dengan suami saya..legaaa😖..
.
Tapi episod terpisah terjadi lagi. Akibat dari komunikasi yang tidak jelas. Namun Allah hadirkan hamba Allah untuk menolong kami. So, pengajarannya semasa berada disana terutama sekali dengan pasangan, pastikan komunikasi jelas dan banyak bersabar. Kalau tidak pasti akan berlaku salah faham😔.
.
Selesai Sa'ie, azan pertama subuh telah berkumandang. Selepas azan subuh kedua, kami solat subuh berjamaah ditempat Sa'ie. Disebabkan baby mula nak meragam, saya tak dapat ikut imam untuk solat sajadah. Bila dah masuk rakaat terakhir baru saya ikut imam.
.
Pada mulanya saya dan suami hairan kenapa masa sujud sejadah ada jemaah yang tak sujud..tp ruku'..🤔..kami kata itu mazhab diorang ker?..tapi selepas saya recall balik pengetahuan agama saya...hmmm..heheh.😊..baru saya faham..conclusion nya tak semua yang datang ke sana 'arif@ ilmu...senangnya kalau nak kesana, kalau boleh belajar solat betul betul. Sebab rukun islam pertama adalah solat..hajj@umrah rukun ke5..
.
Lagipun kita kesana bukan semata-mata mahu menjadi tetamunya, tetapi kita mahu menyempurnakan ibadat dan rukun islam kita. Kalau rukun yang pertama pun tidak sempurna macamana nak lengkapkan kelima-lima rukun tu..Kadang-kadang orang kita ni banyak yang salah faham tentang rukun islam..tak nak bebel banyak sebab saya bukan ustazah bertauliah😅..sekadar berkongsi apa yang saya tahu😉...
.
Saya pernah baca kata-kata hikmat " orang yang sedang membetulkan solatnya , adalah orang yang sedang membetulkan hidupnya".
.
Dan setiap kali selepas solat fardhu, akan ada solat jenazah. Boleh ikut serta kalau mahu. Kalau tak pernah solat jenazah, boleh belajar dahulu sebelum pergi kesana. Sebabnya saya ada ternampak beberapa jemaah yang ruku' seperti solat biasa. Solat jenazah ada 4x takbir dan tiada ruku' yer..😊..
.
Selesai subuh kami balik ke Hotel bersarapan. Alhamdulillah penginapan di Hotel Safwa dan makanannya terbaik.
Kami bertuah kerana diberikan rezeki untuk mengambil pakage ni kerana kami berpeluang sembahyang jumaat di Mekkah dan di Madinah. So hari ke2 adalah activiti bebas.
.
Pakej yang kami pilih ni adalah 3x umrah. So, untuk hari ke2, kami hanya jalankan aktiviti bebas. Selepas sarapan pagi, kami balik ke bilik sekejap untuk berehat dan bersedia untuk solat jumaat. Mengikut ustaz, kalau nak solat jumaat dalam masjid kena datang awal. Kalau boleh pukul 10 pagi dah mesti berada dalam masjid.
.
Photo: pandangan dari restoran tempat kami makan di hotel.
.
So, kami ikut nasihat ustaz. Rehat hanya sekejap sahaja. Boleh lah untuk baby Azzahra' tidur sekejap..disebabkan kami turun awal ke masjid untuk solat jumaat, kami lakukan sunat tawaf dahulu.
.
Photo: Hotel Safwa sebaris dengan tower clock. So, sangat-sangat dekat. Gambar ni diambil dihadapan pintu masuk no 1.
.
Selesai sunat tawaf, jamaah masjid dah memenuhi ruang masjid, so , untuk pertama kali saya dan suami solat di tangga..sebelum ni pernah mak (mek untuk bahasa kelantan😆) cerita, kalau masjid dah penuh, kat tangga pun ada orang sembahyang. Time tu saya tak boleh nak bayangkan macamana nak solat kat tangga🤔.hehhee..nah!..sekarang merasa lah sendiri solat atas tangga😅..baby Azzahra' suami saya dukung ketika solat. Bila berada di sana kita akan merasa pelbagai pengalaman. Yang penting kena banyak bersabar dan berdoa supaya dipermudahkan.
.
Sepanjang berada disana, suami saya warning supaya tidak mengambil gambar. Kerana mengikut fatwa yang telah dikeluarkan oleh mufti supaya tidak dibenarkan mengambil gambar.
.
Saya ambil gambar pun sekadar untuk kenangan. Tapi semuanya hilang, sebab bila pulang ke Malaysia hp saya 100% blank. Sreennya rosak.😫..so terpaksa lah kutip mana-mana gambar yang ada dalam hp suami.
.
Fatwa dari kerajaan Arab Saudi. Pamplet ini boleh diambil di masjid ataupun di bahagian fatwa. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan fatwa ketika berada di Mekkah, tak perlu risau, kerajaan Arab Saudi telah menyediakan kaunter khas berkaitan fatwa. Kalau nak berjumpa dengan mufti diorang pun boleh. Ofis mufti ada di dalam masjid. Hanya perlu bertanya dan cari.


Photo: pamplet yang diambil oleh suami. Setelah dia baca fatwa ini, kami dah stop mengambil gambar di dalam masjid.☺️. Sekadar menghormati tuan rumah dan berharap kami akan dijemput lagi suatu hari nanti.InsyaAllah.
.
Tapi ada yang kata tidak salah ambil gambar asalkan tidak menganggu jemaah lain. Wallahua'lam..
.
Saya ikut kata suami jer..hehehe, he's the bos. Selain tu, katanya, datang sini jagan ada niat nak bershopping...🤔..siapa yang shopping sebenarnya. Heheee...😆
.
Di Mekkah, waktu malamnya lebih lama berbanding waktu siang. Rutin harian kami banyak di Masjid. Kami balik ke hotel hanya untuk makan dan berehat sekejap sahaja. Kalau lambat sikit turun ke masjid, alamaknya, solatlah di dataran. Ruangan masjid sudah penuh. Saya lebih suka solat didalam masjid kerana saya bawa baby. Kalau solat diluar@dataran cuaca agak panas pada waktu siang walaupun ketika itu musim sejuk.
.
Tapi kadang-kadang terpaksa juga solat di dataran sebab dah tak boleh masuk sebab masjid dah penuh. Boleh juga nak masuk dan mencari ruang kosong tapi disebabkan saya masuk melalui pintu no 1, saya perlu berjalan jauh untuk ke bahagian solat perempuan. Bahagian yang terdekat biasanya cepat penuh dengan jemaah.
.
Kalau masuk ke masjid samada di Mekkah atau Madinah saya suka mencari ruang diantara orang-orang Turki. Bagi saya mereka lebih friendly. Lagipun saya bawa baby. Mereka sukakan baby.
.
Sepanjang 6 hari kami di Mekkah, baby Azzahra' dah jumpa beberapa orang peminatnya. Ada yang mengambil gambar. Saya pun joinlah skali..😋..kenangan jer..

Photo : baby Azzahra' bersama baby Turki ni..(lupa dah namanya)..tapi dia dah berumur setahun. Baby Azzahra' baru 11 bulan.
.
Saya cuba mengelak duduk bersama jemaah dari Pakistan. Sebab mereka agak kasar. Pernah terjadi semasa berada di Madinah, diorang langkah jer baby Azzahra' yang sedang tidur dihadapan saya. Tapi saya dah berhati-hati. Memang arif sangat dengan perangai mereka. Diorang akan redah jer tempat yang diorang rasa ada ruang untuk diorang masuk dan duduk.
.
Ada yang kata orang arab kasar tapi setakat ni saya belum terserempak lagi dengan arab yang kasar. Yang saya jumpa hanya orang pakistan😃. Lagipun saya pernah menjadi pelajar UIAM, yang terkenal dengan pelbagai bangsa especially dari tanah arab. So, pengalaman belajar semasa mengambil degree dan M.A cukup untuk buat saya kenal sifat orang arab dan bangsa-bangsa yang lain.
.
Untuk melakukan sunat tawaf di hadapan Ka'abah, kami lakukan seawal pukul 2@3pagi.🕋. Keadaan dihadapan Ka'abah akan sesak penuh kalau pergi pukul 3lebih waktu pagi. Sepanjang 6 hari kami melakukan tawaf, alhamdulillah saya berpeluang masuk ke Hijr Ismail sebanyak 2x. Tipsnya kena bertolak ansur. Bagi peluang orang di dalam untuk keluar, dan kami masuk perlahan-lahan dari tepi. Biasanya saya masuk solat sunat dulu barulah memulakan tawaf sunat. Suami xterbilang..rezekinya Allah permudahkan.
.
Untuk solat di makam Ibrahim, susah sikit sebab ada guard arab yang menjaga. Diorang memang tak benarkan solat. Kalau nampak sesiapa yang solat akan dipanggilnya "ya hajj@hajjah.." 😆. So saya tak nak timbul masalah. Pernah sekali saya hanya tawaf bersama bonda sabah, dan memang ada peluang untuk solat sunat di Makam Ibrahim. Ada beberapa jemaah yang sedang solat tapi guard arab tu tidak hiraukan. Diorang hanya sekadar tengok sahaja. Saya perhatikan jemaah yang sedang tawaf juga tidak ramai. Mungkin sebab tu ada jemaah yang berpeluang solat di situ. Waktu itu lebih kurang pukul 2lebih waktu pagi.
.
Selesai sunat tawaf, kami akan naik ke tingkat 2 untuk tunaikan solat sunat tawaf. Disebabkan penyelenggaraan telaga zam-zam sedang giat berjalan, hanya terdapat satu lorong untuk laluan ke tempat tawaf dan satu laluan untuk keluar dari kawasan Ka'abah. Kadang-kadang kami solat sahaja di tingkat bawah sahaja kalau ada ruang kosong. Tapi kebiasaanya saya akan cari kawasan solat yang berkarpet sebab saya nak baringkan baby Azzahra' yang tidur.👶
Dan untuk ruang solat berkarpet biasanya ada di bahagian masjid yang berbumbung.
.
Kadang-kadang selepas selesai solat sunat tawaf dan solat-solat sunat yang lain, pernah juga kami balik dahulu ke bilik hotel sebab baby Azzahra' membuang (poo-poo).💩.. Selepas tu untuk solat subuh terpaksalah kami solat di dataran masjid, sebab ruang dalam masjid dah penuh.
.
Baby Azzahra' tido keletihan. Alhamdulillah, dia tak banyak meragam. Semua aktiviti saya sepanjang di Mekkah, saya akan bawa dia bersama-sama. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
.
Perjalanan umrah ke2 dan ke3 kami berjalan lancar. Sebelum kami bermiqat di masjid untuk niat umrah, ustaz akan membawa kami menziarah beberapa tempat yang menjadi tempat wajib ziarah untuk jemaah. Antaranya gua hira', jabal rahmah, mina, juga masjid hudaybiyyah. Semua tempat-tempat ini merupakan tempat berlakunya peristiwa² penting dalam Islam.
.
Antara tempat yang kami lawati dan ziarah⤵️
 Pemandangan dari atas Jabal Rahmah..hijau..dah tak nampak padang pasir.
Bukit tinggi di belakang kami adalah gua Hira'. Alhamdulillah. Suami berpeluang panjat dan tengok dengan dekat tempat nabi menerima wahyu dan ber'uzlah. Suami cakap tempat gua tu kecik jer. Saya mahu ikut tapi tak dibenarkan oleh mr. Bos aka suami😥. Bila balik dia cerita plak, rugi plak saya tak ikut, coz ada jer jemaah perempuan yang ikut...hmmm😏..laki aku larr..katanya tangga untuk naik ke atas gua Hira' tu pun xder lah gelap sangat, sebab ramai orang naik ke atas tu.
.
 Keadaan di jabal Rahmah. Bagi perempuan, seeloknya pakai seluar panjang kalau datang ke sini. Senang nak memanjat😉. Sebabnya, kita hanya dapat menaiki tangga tak sampai separuh. Orang terlalu ramai. Lastly, ramai-ramai sangkut kat tangga. Tak boleh naik juga tak boleh turun.. Adoii..😌. Nasib saya berani panjat jugak batu bukit tu. Tapi kena hati-hati. Takut tergelincir..naya nanti😆..suami banyak membantu saya memanjat.
.
Masa kat atas tu ternampak jugak nama-nama orang yang di tulis di batu-batu..dan kami terjumpa sekeping gambar perempuan. Kata suami "ni mesti ada yang datang dan buat perkara-perkar yang tidak dibenarkan ni". 🤓
.
Di bawah jabal Rahmah, kerajaan Arab saudi telah meletakkan sebesar-besarnya papan tanda melarang para jemaah yang datang melawat dari menulis nama di batu-batu, solat, dan perbuatan lain. Tapi, kalau yang datang ke situ berjuta orang, ada jugak yang species tak dengar cakap😅.

Ladang unta..ini umrah ke3 kami. Sempatlah beli dua botol susu unta. Harga nya 5rial untuk satu botol. Saya minum sikit jer. Sajer nak rasa. Rasanya lemak-lemak masin. Ustaz kata kalau saper-saper 'lalu' nak minum boleh lah beli..susu tu pak arab perah dengan tangan..campur sekali dengan peluh diorang..hahhaa..agaknyer tulah kot, bila saya minum rasa masin sikit😆🤣.
.
 Suami tunjuk kan kepada saya cara pak arab tu tuang susu dalam botol..memang tak hygiene..😌..tangan yang sama pegang unta dan tangan yang sama tuang susu dalam botol. Tapi sebab dah beli..redha jer lah..😆.
.
Di sebabkan kami hanya sempat berkumpul ketika menaiki bas untuk melakukan miqat, banyak taklimat yang disampaikan oleh Ustaz ketika dalam perjalanan di dalam bas sahaja.  Hari ke3 umrah kami miqat dan berniat umrah di masjid Hudaybiyyah. Semasa umrah ke3 ini ustaz siap-siap bagi taklimat untuk hari terakhir kami nanti. Pesannya kepada sesiapa yang nak shopping, sila shopping sebelum tawaf wada'. Bila dah buat tawaf wada' pada hari terakhir, jemaah tidak lagi dibenarkan shopping, mengambil gambar dan solat di masjid. Kalau ada yang melanggarnya akan dikenakan dham@denda.
.
So untuk hari ke6 kami di Mekkah, kami melakukan tawaf wada' pada pukul 10pagi dan selepas itu terus ke surau di hotel kami. Selepas siap solat, semua jemaah diarah makan dahulu dan berkumpul untuk meneruskan perjalanan ke Madinah. Hampir-hampir jugak kami kena tinggal😪, sebab kami masuk ke dewan makan lambat. Sedar-sedar pun bila saya nak kembali ke bilik mengambil beg, bila cuba buka pintu bilik hotel dah lock😅.
.
 Nasib ada seorang jemaah datang cari kami dan bagitau semua orang dah berkumpul dan sedang menuggu kami😄..soorryyy!!!!..biasalah ada anak kecik..hehehe🤣..tapi kami lambat pun rupa-rupanya pekerja hotel buat kerja lagi lambat. Beg-beg yang terkumpul untuk di bawa masuk ke dalam bas terbiar sahaja di tingkat 6. Setelah semua barang dan beg diangkat, kami memulakan perjalanan ke Madinah.



Jemaah Tiram yang sporting k.jue isteri ustaz cakap. Memang itu pun yang saya perhatikan. Kami semua seperti keluarga. Tiada rungutan dan masalah berlaku sepanjang perjalanan umrah kami ini. Kebanyakan nya dah ada pengalaman mengerjakan umrah. Kecuali beberapa jemaah muda termasuk saya dan suami. Yang paling muda baby Fatima Azzahra'😍.
.
Okeylah , disebabkan seharian jugak memblogging hari ini, untuk hari-hari di Madinah saya akan sambung dalam part 3. Stay tune☺️😴..