Emas adalah aset simpanan terbaik kepada mereka yang mahu memulakan simpanan. Simpanan wang kadangkalanya boleh menggugat iman kita untuk kekal menyimpan.
Mungkin ada diantara kita yang tidak tahan melihat duit simpanan yang banyak. Mesti akan terpikir di dalam hati nak membeli atau pun membelanjakan wang yang disimpan itu.
So salah satu cara untuk mengekalkan simpanan tersebut adalah dengan menukarkannya kepada Emas. Tips ini saya perolehi daripada mentor a.k.a sifu saya Mohd Zulkifli Shafie.
Beliau mengatakan dalam blognya supaya menjadikan Emas sebagai forgotten saving. Dengan cara ini simpanan kita akan kekal dan selamat daripada kebocoran.
Tips ini berjaya mengubah kehidupan saya dan suami dalam membuat simpanan. Kami mula membuat simpanan pada tahun 2015 sehingga sekarang dan Alhamdulillah, kami berjaya menjadikan Emas sebagai forgotten saving.
Caranya: simpan. Simpan. Simpan..Dan terus menyimpan. Lupakan simpanan tadi. Jangan lupa keluarkan zakat Emas bila dah cukup haul.
Forgotten saving juga dapat mendisiplinkan kita dalam membuat simpanan. Pengalaman saya sepanjang setahun lebih membuat simpanan Emas menjadikan kita lebih berdisiplin dalam membuat simpanan.
Apakah bukti simpanan Emas ini dapat mendisiplin kita?
Percaya atau tidak, bila kita sudah memiliki emas, perasan tamak akan muncul. ( bukan tamak seperti Qarun yer..;-)..)
Dan siapa yang tidak sukakan Emas.? Especially perempuan.
Mesti semua orang sukakan Emas. Betul tak?
Selepas melihat simpanan Emas yang kami buat kami bersetuju untuk menyimpan lebih banyak emas supaya kami boleh keluarkan zakat Emas. Kami mahu mencari keberkatan dalam membuat simpanan Emas. Kenapa? Sebab kami mahu 'kaya dunia dan kaya akhirat'.
Tips peribadi saya dalam pengeluaran zakat adalah membuat pembayaran zakat ketika bulan Ramadhan.
Ini salah satu cara kami beramal sambil beribadat..
Kami mahu mengekalkan kekayaan melalui simpanan emas kerana Emas kalis inflasi. Dan kami mahu mengeluarkan zakat untuk mendapat keberkatan dunia dan pahala akhirat.
So, simpanan Emas ini bukan hanya dapat menjadikan kita berdisiplin dalam membuat simpanan, malah Emas dapat memanafaatkan hidup kita mencari keberkatan hidup si dunia melalui pengeluaran zakat Emas.
Bukankah ini sangat bermanafaat. ;-)..
Authorised Dealer
Publicgold
Nurul Shuhaida Binti Mohd Salleh PG00067105
0126984752
