Siapa yang tak suka Emas..Tapi..agak susah bagi sesetengah orang untuk memulakan simpanan Emas walaupun hanya 1gram sahaja..
Kakak saya pernah maklumkan kepada saya bahawa dia pernah menyimpan 1dinar..tetapi disebabkan kecuaian sendiri 1dinar yang dimilikinya itu telah hilang. Sejak dari itu dia tidak berminat lagi menyimpan dinar emas. Dia lebih suka membeli barang kemas. 'At least boleh pakai'..dia cakap.
Tetapi bagi saya hendak seribu daya. Tak hendak satu dalih dah cukup. Saya tahu kenapa dia tidak berminat menyimpan dinar Emas. TIADA ILMU TENTANG EMAS. Ya...
Memang kakak saya tiada ilmu tentang emas. Kalau dia tahu tentang kelebihan2 menyimpan emas. Saya yakin jumlah emas yang dia miliki lebih banyak dari saya dan suami saya ada.
Hampir setahun kami membuat simpanan emas dan kami telah berjaya membuat simpanan sebanyak 98gram. Alhamdulillah...
Dan hari ini (4/11/2016) harga 1gram bersamaan rm189 (harga GAP). Permulaan simpanan kami juga adalah dengan 1 g yang berharga rm153..bila ada duit lebih maka kami akan beli lebih. Tapi target wajib kami adalah 1gram 1bulan. Alhamdulillah..betul lah seperti yang Jutawan Emas pernah cakap, kalau dah pegang Emas kita akan rasa seronok.
Emas seolah2 mempunyai magnet kepada manusia. Kita akan jadi 'tamak'. Walaupun dah mencapai target kami, tapi kami masih mahukan lebih lagi.
Kami mahu memperbanyakkan simpanan Emas ini sebanyak yang mungkin.
Sebab kami tahu emas mempunyai kelebihan berganda jika dibandingkan dengan simpanan Wang kertas.
1. Emas mudah dicairkan. Kalau kami memerlukan wang, Emas itu boleh dicairkan dengan menjualnya ataupun menggadaikannya di ar-rahnu (POS Malaysia)
2. Emas senang di bawa kemana2 sahaja.
3. Emas kalis inflasi.
4. Emas mengekalkan kuasa beli sejak beribu tahun dahulu.
5. Emas adalah ciptaan ALLAH.