Thursday, 24 November 2016

Kekurangan Mata Wang fiat.

Apakah kekurangan Wang fiat atau  Wang buatan manusia ini?

1. Wang fiat tidak mempunyai nilai intrinsik atau nilai sesuatu benda itu. Nilai Wang fiat di tentukan oleh undang-undang sesebuah negara tersebut. Sekiranya berlaku penutupan nilai Mata wang, pemilik Wang fiat akan berhadapan dengan masalah kerugian akibat kejatuhan mata wang.
Berbeza dengan Mata Wang dinar@ syiling emas. Walaupun nilai mukanya turun namun ianya masih boleh dijual mengikut nilai fizikalnya.

2. Nilai Mata Wang fiat juga tidak stabil. Seperti yang kita selalu dengar tentang kejatuhan nilai Mata Wang terkesan kerana pengaruh pasaran jumlah barang. Nilainya berubah-ubah di sebabkan oleh pasaran dunia@ semasa.

3. Nilai mata wang fiat selalunya penyebab kepada berlakunya inflasi. Kerajaan berkuasa untuk mencetak Wang tanpa sebarang batasan kerana berlakunya penambahan penawaran Wang dalam ekonomi sesebuah negara. Masalah ini ditambah lagi kerana institusi perbankan boleh melakukan penciptaan wang melalui Akaun simpanan semasa.

4. Penggunaan mata Wang fiat juga adalah penyebab kepada berlakunya kegiatan spekulasi. Disebabkan nilai Wang fiat di pengaruhi oleh pasaran maka adalah tidak mustahil untuk sesiapa sahaja melakukan spekulasi terhadap Mata Wang ini. Pihak yang mempunyai kuasa  berkemungkinan akan berbuat demikian dengan tujuan untuk mengaut lebih banyak keuntungan. Ini telah berlaku kepada negara kita pada tahun 1997. Crisis Mata Wang berlaku disebabkan ada pihak yang ingin mengaut keuntungan berganda

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga sebagai rakyat yang bijaksana bagaimana caranya mahu mengekalkan Wang kita mengekalkan nilainya setiap masa. Persoalan ini boleh di jawab dengan membuat simpanan Emas. Dengan menukarkannya Wang kertas tadi kepada Emas pasti menjamin kekayaan kita kekal dan tidak hilang nilainya begitu sahaja.


Monday, 14 November 2016

EMAS PENYELAMAT INFLASI.


Inflasi dan kejatuhan nilai Mata Wang.
-----------------------


Apa benda inflasi ni..? Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?..ramai yang tahu sebut mengenai inflasi, Tapi masih ramai yang tidak tahu apakah keadaan sebenar inflasi.
Kadang2 ada antara kita yang merungut  tentang kenaikan harga barangan. Minyak petrol naik harga..minyak masak naik harga. Barang2 keperluan lain seperti keperluan harian, barang dapur tak payah cakaplah. Memang confirm2 akan ada kenaikan.

Ok..mari kita tengok apakah maksud inflasi ini?
Mengikut kamus Dewan bahasa, inflasi bermaksud kemerosotan nilai Mata wang kerana banyaknya Wang yang beredar dan menyebabkan harga barang2 naik..

Ianya juga memberi maksud di mana keadaan harga barang bertambah tinggi di sebabkan bertambahya kuasa membeli..

So sekarang ni (2016)..agak2 kita dalam keadaan inflasi ke tak?..kalau Saya, Saya jawab inflasi..Tapi kalau tuan2 tengok berita tv, katanya ekonomi Malaysia bagus lagi..😼...hmmmm...sy bukanlah pakar ekonomi, tapi based on the definition of 'inflasi' given by Dewan bahasa Dan pustaka itulah yang berlaku dalam negara kita sekarang..

So?  Macamana nak mengelakkan kewangan keluarga kita dari terjejas teruk di sebabkan inflasi.?
Jawapannya ialah melalui simpanan.

Simpanan apakah yang tidak terkesan dengan inflasi?
Jawapannya ialah simpanan Emas.


Emas adalah 'real money'. Simpanan Emas dapat mengekalkan kekayaan tuan2 semua.
Boleh di katakan Emas akan mengalami kenaikan harga setiap tahun kerana kejatuhan mata Wang fiat ini.

"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai untuk digunakan kecuali Emas dan dirham. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"..riwayat imam Ahmad bin Hanbal.


Kalau tuan2 berminat untuk membeli Emas, inilah masanya. Selamatkan kekayaan tuan2 bermula hari ini. Belilah simpanan serendah 1gram sahaja sebulan. Simpan 'sikit2 lama jadi bukit'.

#introducer Ghazali bin Abdul Gani Pg00055076 @ Nurul Shuhaida Binti Mohd Salleh PG00067105
#public gold
#0126984752-kami bantu anda.

Saturday, 12 November 2016

EMAS SEBAGAI MODAL PERNIAGAAN


 Emas adalah kegemaran setiap wanita. Bagi sesetengah orang Emas menjadi salah satu sumber pendapatan perniagaan. Samaada mereka berniaga Emas, menjualnya sebagai perhiasan diri ataupun menjadikan Emas sebagai modal untuk perniagaan mereka. 
Saya bersyukur dilahirkan di Kelantan. Sebagai anak jati Kelantan Saya bangga melihat kebanyakan rakyatnya yang menjadikan perniagaan sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Walaupun Saya bukan lahir di kalangan keluarga bisnessman@peniaga tetapi sikap dan attitude kebanyakan orang kelantan yang suka berniaga menarik minat saya.


Suasana perniagaan di pasar khadijah menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke Negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah ini. 
Tetapi yang paling menarik minat saya adalah perhiasan Emas yang di miliki oleh makcik2 dan kakak peniaga di sini. Boleh di katakan, apa pun jenis perniagaan yang mereka jalankan, masing2 mempunyai perhiasan Emas yang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Rupa2nya barangan perhiasan yang mereka miliki ini merupakan salah aset terpenting untuk pelaburan perniagaan mereka. Sifat dan ciri2 Emas yang mudah di cairkan iaitu mudah untuk dijual atau digadaikan adalah salah satu faktor kebanyakan peniaga ini menjadikan Emas sebagai modal perniagaan mereka.

Di samping itu juga kelebihan Emas yang sentiasa menunjukkan kenaikan harga setiap tahun juga adalah faktor yang menyebabkan mereka menjadikan Emas sebagai pusingan modal perniagaan mereka.

Jadi kenaikan harga emas ini secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada pemilik2 ini. Keputusan bijak dengan menjadikan emas sebagai aset pusingan modal perniagaan secara tidak langsung menjamin perniagaan mereka terus kekal dan bertahan selama mana yang mereka kehendaki.

Dan di sebabkan itulah saya  dan suami memilih untuk melaburkan wang dengan membeli emas pengeluaran Public Gold. Kelebihan emas public gold adalah mudah untuk diurusniagakan kerana kemudahan cawangan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Di samping itu juga, public gold telah meluaskan lebar perniagaannya ke luar negara iaitu ke Singapore dan juga Indonesia. Di sebabkan inilah saya yakin bahawa emas keluaran public gold ini adalah pilihan terbaik kami.

Sebagai bonus tambahan kepada pilihan kami ini, public telah mengeluarkan Emas berstatus LBMA iaitu tanpa gst. Kerana itulah harga Emas public gold dijual lebih murah berbanding Emas keluaran company lain.

Kami juga menjadi dealer untuk company ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menjadikan Emas anda sebagai satu sumber pelaburan samaada sebagai modal perniagaan boleh mendapatkan Emas ni di public gold terdekat anda.

Sekiranya anda ingin membuat pembelian untuk pertama kali di public gold, anda di kehendak memberikan nama introducer untuk pembelian pertama. Anda boleh memberikan nama Ghazali bin Abdul Gani Pg00055076 atau nama Saya sendiri Nurul Shuhaida Binti Mohd Salleh PG00067105. Kami akan membantu anda berkenaan apa2 masalah yang berkaitan dengan pembelian Emas nant.



Tuesday, 8 November 2016

Gadai emas di ar-rahnu

Ar-rahnu, pajak gadai Emas Untuk Emas keluaran public gold
------------------------------------------------------
Ada orang tanya apa kelebihan beli emas public gold ni?

Bila dah beli nak bt apa?

Macamana nak gadai kalau emergency nak guna Wang?

Kat mana nak gadai?..

**************

Ok..jawapannya adalah..

Tuan2 & puan2.,

Beli Emas keluaran public gold ni banyak kelebihannya.
1. Public gold mempunyai cawangan di setiap Negeri termasuk di Sabah&Sarawak. Jadi tuan2 tidak akan mengalami kesusahan untuk mendptkan Emas pilihan tuan2.
2. Stok availability di setiap cawangan .
3. Tuan2 juga blh membuat pembelian online 24jam.

Apabila tuan2 dah membeli Emas ni tuan2 mempunyai pilihan samada membeli dan menyimpannya sendiri, ataupun tuan2 jg blh membeli Emas tersebut dengan menambah@membuat pembayaran ke dalam akaun GAP tuan2. Pesanan saya seeloknya harga pembelian gap tuan2 itu hendaklah mencukupi dgn kadar GRAM emas tersebut seperti 1/5g@1g@lebih lagi. Kalau hari ini 9/11/2016  harga 1gram emas adalah rm187, maka lebih bagus sekiranya tuan menambah Akaun gap itu dengan nilai genap rm187 utk memastikan ianya patuh syariah.

Tetapi bagi pihak saya dan suami, kami lebih yakin untuk menyimpan emas itu sendiri. Ini kerana pengetahuan kami tentang pembelian Emas yang patuh syariah adalah ;

1. Emas itu hendaklah dibeli secara tunai/cash/credit card.- yakni bukan tanpa hutang.
2. Tempoh penerimaan Emas itu perlu berlaku plg maximum adalah selama 3hari.-beli Emas dapat Emas.
3. Pembeli perlu menerima Emas itu.- yakni memegang sendiri Emas itu selepas membuat pembelian.
4. Akad.

P/S: tuan2 boleh merujuk kepada pihak yang lebih pakar tentang syarat pembelian dan pelaburan emas. Pendapat di atas adalah hanya pengetahuan asas kami tentang pembelian emas mengikut islam.

Sekiranya tuan2 berasa was2 tentang keselamatan menyimpan sendiri Emas itu, public gold ada menyediakan safety box untuk tuan2 dengan bayaran yuran yang berpatutan.

Selain itu, kelebihan Emas keluarkan public gold adalah, tuan2 blh menggadaikannya di mana2 cawangan ar-rahnu POS. Tuan2 jg tidak perlu membuka seal utk setiap kepingan emas tersebut. Bukan kah ini memudahkan tuan2.
Tambahan lagi POS ar-rahnu amat mudah di dapati di negara ini.

Terdapat banyak Pelaburan Emas di negara ini yang tuan2 blh pilih. Bagi saya dan suami kami memilih emas keluaran public gold kerana kami selesa dengan kelebihan yang dimilikinya olehnya. Dan kerana itu kami memilih untuk menjadi dealer dan menjadikan publicgold sebagai sumber pendapatan pasif sampingan kami.

Friday, 4 November 2016

HANYA 1GRAM EMAS SETIAP 1 BULAN

Assalamualaikum..


Siapa yang tak suka Emas..Tapi..agak susah bagi sesetengah orang untuk memulakan simpanan Emas walaupun hanya 1gram sahaja..
Kakak saya pernah maklumkan kepada saya bahawa dia pernah menyimpan 1dinar..tetapi disebabkan kecuaian sendiri 1dinar yang dimilikinya itu telah hilang. Sejak dari itu dia tidak berminat lagi menyimpan dinar emas. Dia lebih suka membeli barang kemas. 'At least boleh pakai'..dia cakap.
Tetapi bagi saya hendak seribu daya. Tak hendak satu dalih dah cukup. Saya tahu kenapa dia tidak berminat menyimpan dinar Emas. TIADA ILMU TENTANG EMAS. Ya...
Memang kakak saya tiada ilmu tentang emas. Kalau dia tahu tentang kelebihan2 menyimpan emas. Saya yakin jumlah emas yang dia miliki lebih banyak dari saya dan suami saya ada.
Hampir setahun kami membuat simpanan emas dan kami telah berjaya membuat simpanan sebanyak 98gram. Alhamdulillah...

Dan hari ini (4/11/2016) harga 1gram bersamaan rm189 (harga GAP). Permulaan simpanan kami juga adalah dengan 1 g yang berharga rm153..bila ada duit lebih maka kami akan beli lebih. Tapi target wajib kami adalah 1gram 1bulan. Alhamdulillah..betul lah seperti yang Jutawan Emas pernah cakap, kalau dah pegang Emas kita akan rasa seronok.
Emas seolah2 mempunyai magnet kepada manusia. Kita akan jadi 'tamak'. Walaupun dah mencapai target kami, tapi kami masih mahukan lebih lagi.
Kami mahu memperbanyakkan simpanan Emas ini sebanyak yang mungkin.
Sebab kami tahu emas mempunyai kelebihan berganda jika dibandingkan dengan simpanan Wang kertas.
1. Emas mudah dicairkan. Kalau kami memerlukan wang, Emas itu boleh dicairkan dengan menjualnya ataupun menggadaikannya di ar-rahnu (POS Malaysia)

2. Emas senang di bawa kemana2 sahaja.
3. Emas kalis inflasi.
4. Emas mengekalkan kuasa beli sejak beribu tahun dahulu.
5. Emas adalah ciptaan ALLAH.