Thursday, 28 December 2017

Travelog Umrah Musim Sejuk Bersama Anak Kecil (part 2)

Part 2....

From Klia to Jeddah to Mekkah
.
Tepat jam 5.30 kami semua berkumpul di gate 8..dah ramai yang hadir ketika itu..ada yang keluarga hantar..mutawwif yang membimbing kami adalah ustaz Bukhari. Orang Kedah.
.

Penerbangan kami akan transit di Colombo selama 4 jam. Dari Colombo kami meneruskan perjalanan ke Jeddah..semasa dalam flight saya request baby bassinet untuk baby saya. Perjalanan agak lama..so kalau bawa baby kecil baby bassinet ni sangat membantu..

Bila sampai di Jeddah, selesai urusan kastam kami meneruskan perjalanan ke Mekkah dengan menaiki bas.
Kami sedang menunggu bas. Suami dah bersiap memakai kain Ihram  semasa kami transit di Colombo. Kami niat ihram semasa dalam flight.
.
Perjalanan umrah kena banyak bersabar. Terutama ketika berada di kastam😥..Ustaz dah pesan siap², walaupun arab saudi kaya raya, sistem diorang guna macam sistem teknologi yang kita guna zaman 90an..so faham-fahamlah yer😌..
.
Setelah bas sampai kami semua memulakan perjalanan ke Mekah. Hati berdebar-debar. Saya rasa sesiapa sahaja yang baru pertama kali sampai disini akan mempunyai perasaan yang sama seperti saya..excited, bersyukur dan macam-macam perasaan hadir ketika itu. Penat perjalanan hilang bila sampainya kami ke Tanah Haram.
.
Saya banyak merujuk buku panduan semasa dalam perjalanan..especially untuk bacaan doa. Disebabkan ustaz kami tak baca doa ketika bas kami memasuki tanah haram , maybe dia lupa atau penat kot😄..so saya baca jer sendiri..
.
So kalau pergi kesana buku panduan umrah jangan sesekali tinggal atau letakkan didalam beg luggage@kargo. Seeloknya sentiasa bawa bersama² setiap masa😉. Beg sling saya agak berat dengan barang babynya lagi tapi alhamdulillah tidak membebankan. Mungkin berkat tanah haram😍.
.
Mengikut package yang kami ambil, sepatutnya kami menginap di Hilton Hotel, namun rezeki datang tanpa diduga, kami diberitahu bahawa kami akan berpindah ke Hotel Safwa. Jarak Hotel Safwa lebih dekat..
.
Selesai check in, kami meneruskan umrah pertama kami. Untuk sepanjang tahun ini sehingga Ramadhan tahun depan 2018, penyelenggaraan telaga zam-zam sedang di jalankan.. So ruang untuk jemaah melakukan tawaf sangat terhad.
.
Hanya mereka yang memakai kain ihram sahaja dibenarkan tawaf di hadapan Ka'abah. Semasa permulaan tawaf kami masih lagi mengikut jejak ustaz, namun lama-kelamaan ustaz hilang dari pandangan kami. Manusia semakin ramai, namun kami meneruskan juga. Nasib baby Azzahra' tidak meragam..😃.
.
Selesai tawaf, kami keluar dari kawasan tawaf menuju ke kawasan solat untuk solat sunat tawaf. Saya dan suami terpisah. Bila selesai solat, saya dan bonda sabah cuba cari suami tapi tak jumpa. Manusia terlalu ramai.
.
Saya putuskan untuk tidak menunggu. Lalu saya dan bonda sabah teruskan ke tempat Sa'ie. Tapi kami sesat..😥..bonda sabah pun lupa..maka terpaksa lah kami redah jer dan tanya guard yang bertugas sekitar masjid.. Kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa inggeris. Mereka lebih tahu berbahasa melayu dari orang putih😄..
.
Rupanya tempat Sa'ie tu tak jauh pun. Cari jer lampu hijau..lampu hijau sebenarnya adalah tempat permulaan untuk tawaf , tapi kawasan atau exist untuk ke tempat Sa'ie adalah berdekatan dengan lampu hijau itu. Tempat Sa'ie di tingkat 2. So kami kenalah pusing. Agak jauh ditambah pulak jamaah semakin lama semakin ramai.
.
Sampai di tempat Sa'ie kami memulakan sa'ie. Rupanya bukan saya jer yang terpisah, ramai lagi yang terpisah rupanya😕. Orang pertama yang saya jumpa semasa Sa'ie adalah seorang jemaah muda yang datang bersama isteri dan ibu dan bapanya. Nasib baik dia cam saya.😅. Mungkin sebab hanya saya seorang sahaja yang bawa baby kecil ketika itu. Dia tanya" akak jumpa ustaz". Saya kata "tak tahu". " Suami akak mana?"..saya kata "ntah. Hilang tak jumpa-jumpa lagi". 😃..
.
Dalam pada yang sama, saya berdoa supaya cepat-cepat diperjumpa dengan suami. Badan saya dah tak tahan sakit mengendong baby, dari permulaan tawaf lagi. Alhamdulillah..tidak lama selepas beberapa pusingan akhirnya kami jumpa dengan suami saya..legaaa😖..
.
Tapi episod terpisah terjadi lagi. Akibat dari komunikasi yang tidak jelas. Namun Allah hadirkan hamba Allah untuk menolong kami. So, pengajarannya semasa berada disana terutama sekali dengan pasangan, pastikan komunikasi jelas dan banyak bersabar. Kalau tidak pasti akan berlaku salah faham😔.
.
Selesai Sa'ie, azan pertama subuh telah berkumandang. Selepas azan subuh kedua, kami solat subuh berjamaah ditempat Sa'ie. Disebabkan baby mula nak meragam, saya tak dapat ikut imam untuk solat sajadah. Bila dah masuk rakaat terakhir baru saya ikut imam.
.
Pada mulanya saya dan suami hairan kenapa masa sujud sejadah ada jemaah yang tak sujud..tp ruku'..🤔..kami kata itu mazhab diorang ker?..tapi selepas saya recall balik pengetahuan agama saya...hmmm..heheh.😊..baru saya faham..conclusion nya tak semua yang datang ke sana 'arif@ ilmu...senangnya kalau nak kesana, kalau boleh belajar solat betul betul. Sebab rukun islam pertama adalah solat..hajj@umrah rukun ke5..
.
Lagipun kita kesana bukan semata-mata mahu menjadi tetamunya, tetapi kita mahu menyempurnakan ibadat dan rukun islam kita. Kalau rukun yang pertama pun tidak sempurna macamana nak lengkapkan kelima-lima rukun tu..Kadang-kadang orang kita ni banyak yang salah faham tentang rukun islam..tak nak bebel banyak sebab saya bukan ustazah bertauliah😅..sekadar berkongsi apa yang saya tahu😉...
.
Saya pernah baca kata-kata hikmat " orang yang sedang membetulkan solatnya , adalah orang yang sedang membetulkan hidupnya".
.
Dan setiap kali selepas solat fardhu, akan ada solat jenazah. Boleh ikut serta kalau mahu. Kalau tak pernah solat jenazah, boleh belajar dahulu sebelum pergi kesana. Sebabnya saya ada ternampak beberapa jemaah yang ruku' seperti solat biasa. Solat jenazah ada 4x takbir dan tiada ruku' yer..😊..
.
Selesai subuh kami balik ke Hotel bersarapan. Alhamdulillah penginapan di Hotel Safwa dan makanannya terbaik.
Kami bertuah kerana diberikan rezeki untuk mengambil pakage ni kerana kami berpeluang sembahyang jumaat di Mekkah dan di Madinah. So hari ke2 adalah activiti bebas.
.
Pakej yang kami pilih ni adalah 3x umrah. So, untuk hari ke2, kami hanya jalankan aktiviti bebas. Selepas sarapan pagi, kami balik ke bilik sekejap untuk berehat dan bersedia untuk solat jumaat. Mengikut ustaz, kalau nak solat jumaat dalam masjid kena datang awal. Kalau boleh pukul 10 pagi dah mesti berada dalam masjid.
.
Photo: pandangan dari restoran tempat kami makan di hotel.
.
So, kami ikut nasihat ustaz. Rehat hanya sekejap sahaja. Boleh lah untuk baby Azzahra' tidur sekejap..disebabkan kami turun awal ke masjid untuk solat jumaat, kami lakukan sunat tawaf dahulu.
.
Photo: Hotel Safwa sebaris dengan tower clock. So, sangat-sangat dekat. Gambar ni diambil dihadapan pintu masuk no 1.
.
Selesai sunat tawaf, jamaah masjid dah memenuhi ruang masjid, so , untuk pertama kali saya dan suami solat di tangga..sebelum ni pernah mak (mek untuk bahasa kelantan😆) cerita, kalau masjid dah penuh, kat tangga pun ada orang sembahyang. Time tu saya tak boleh nak bayangkan macamana nak solat kat tangga🤔.hehhee..nah!..sekarang merasa lah sendiri solat atas tangga😅..baby Azzahra' suami saya dukung ketika solat. Bila berada di sana kita akan merasa pelbagai pengalaman. Yang penting kena banyak bersabar dan berdoa supaya dipermudahkan.
.
Sepanjang berada disana, suami saya warning supaya tidak mengambil gambar. Kerana mengikut fatwa yang telah dikeluarkan oleh mufti supaya tidak dibenarkan mengambil gambar.
.
Saya ambil gambar pun sekadar untuk kenangan. Tapi semuanya hilang, sebab bila pulang ke Malaysia hp saya 100% blank. Sreennya rosak.😫..so terpaksa lah kutip mana-mana gambar yang ada dalam hp suami.
.
Fatwa dari kerajaan Arab Saudi. Pamplet ini boleh diambil di masjid ataupun di bahagian fatwa. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan fatwa ketika berada di Mekkah, tak perlu risau, kerajaan Arab Saudi telah menyediakan kaunter khas berkaitan fatwa. Kalau nak berjumpa dengan mufti diorang pun boleh. Ofis mufti ada di dalam masjid. Hanya perlu bertanya dan cari.


Photo: pamplet yang diambil oleh suami. Setelah dia baca fatwa ini, kami dah stop mengambil gambar di dalam masjid.☺️. Sekadar menghormati tuan rumah dan berharap kami akan dijemput lagi suatu hari nanti.InsyaAllah.
.
Tapi ada yang kata tidak salah ambil gambar asalkan tidak menganggu jemaah lain. Wallahua'lam..
.
Saya ikut kata suami jer..hehehe, he's the bos. Selain tu, katanya, datang sini jagan ada niat nak bershopping...🤔..siapa yang shopping sebenarnya. Heheee...😆
.
Di Mekkah, waktu malamnya lebih lama berbanding waktu siang. Rutin harian kami banyak di Masjid. Kami balik ke hotel hanya untuk makan dan berehat sekejap sahaja. Kalau lambat sikit turun ke masjid, alamaknya, solatlah di dataran. Ruangan masjid sudah penuh. Saya lebih suka solat didalam masjid kerana saya bawa baby. Kalau solat diluar@dataran cuaca agak panas pada waktu siang walaupun ketika itu musim sejuk.
.
Tapi kadang-kadang terpaksa juga solat di dataran sebab dah tak boleh masuk sebab masjid dah penuh. Boleh juga nak masuk dan mencari ruang kosong tapi disebabkan saya masuk melalui pintu no 1, saya perlu berjalan jauh untuk ke bahagian solat perempuan. Bahagian yang terdekat biasanya cepat penuh dengan jemaah.
.
Kalau masuk ke masjid samada di Mekkah atau Madinah saya suka mencari ruang diantara orang-orang Turki. Bagi saya mereka lebih friendly. Lagipun saya bawa baby. Mereka sukakan baby.
.
Sepanjang 6 hari kami di Mekkah, baby Azzahra' dah jumpa beberapa orang peminatnya. Ada yang mengambil gambar. Saya pun joinlah skali..😋..kenangan jer..

Photo : baby Azzahra' bersama baby Turki ni..(lupa dah namanya)..tapi dia dah berumur setahun. Baby Azzahra' baru 11 bulan.
.
Saya cuba mengelak duduk bersama jemaah dari Pakistan. Sebab mereka agak kasar. Pernah terjadi semasa berada di Madinah, diorang langkah jer baby Azzahra' yang sedang tidur dihadapan saya. Tapi saya dah berhati-hati. Memang arif sangat dengan perangai mereka. Diorang akan redah jer tempat yang diorang rasa ada ruang untuk diorang masuk dan duduk.
.
Ada yang kata orang arab kasar tapi setakat ni saya belum terserempak lagi dengan arab yang kasar. Yang saya jumpa hanya orang pakistan😃. Lagipun saya pernah menjadi pelajar UIAM, yang terkenal dengan pelbagai bangsa especially dari tanah arab. So, pengalaman belajar semasa mengambil degree dan M.A cukup untuk buat saya kenal sifat orang arab dan bangsa-bangsa yang lain.
.
Untuk melakukan sunat tawaf di hadapan Ka'abah, kami lakukan seawal pukul 2@3pagi.🕋. Keadaan dihadapan Ka'abah akan sesak penuh kalau pergi pukul 3lebih waktu pagi. Sepanjang 6 hari kami melakukan tawaf, alhamdulillah saya berpeluang masuk ke Hijr Ismail sebanyak 2x. Tipsnya kena bertolak ansur. Bagi peluang orang di dalam untuk keluar, dan kami masuk perlahan-lahan dari tepi. Biasanya saya masuk solat sunat dulu barulah memulakan tawaf sunat. Suami xterbilang..rezekinya Allah permudahkan.
.
Untuk solat di makam Ibrahim, susah sikit sebab ada guard arab yang menjaga. Diorang memang tak benarkan solat. Kalau nampak sesiapa yang solat akan dipanggilnya "ya hajj@hajjah.." 😆. So saya tak nak timbul masalah. Pernah sekali saya hanya tawaf bersama bonda sabah, dan memang ada peluang untuk solat sunat di Makam Ibrahim. Ada beberapa jemaah yang sedang solat tapi guard arab tu tidak hiraukan. Diorang hanya sekadar tengok sahaja. Saya perhatikan jemaah yang sedang tawaf juga tidak ramai. Mungkin sebab tu ada jemaah yang berpeluang solat di situ. Waktu itu lebih kurang pukul 2lebih waktu pagi.
.
Selesai sunat tawaf, kami akan naik ke tingkat 2 untuk tunaikan solat sunat tawaf. Disebabkan penyelenggaraan telaga zam-zam sedang giat berjalan, hanya terdapat satu lorong untuk laluan ke tempat tawaf dan satu laluan untuk keluar dari kawasan Ka'abah. Kadang-kadang kami solat sahaja di tingkat bawah sahaja kalau ada ruang kosong. Tapi kebiasaanya saya akan cari kawasan solat yang berkarpet sebab saya nak baringkan baby Azzahra' yang tidur.👶
Dan untuk ruang solat berkarpet biasanya ada di bahagian masjid yang berbumbung.
.
Kadang-kadang selepas selesai solat sunat tawaf dan solat-solat sunat yang lain, pernah juga kami balik dahulu ke bilik hotel sebab baby Azzahra' membuang (poo-poo).💩.. Selepas tu untuk solat subuh terpaksalah kami solat di dataran masjid, sebab ruang dalam masjid dah penuh.
.
Baby Azzahra' tido keletihan. Alhamdulillah, dia tak banyak meragam. Semua aktiviti saya sepanjang di Mekkah, saya akan bawa dia bersama-sama. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
.
Perjalanan umrah ke2 dan ke3 kami berjalan lancar. Sebelum kami bermiqat di masjid untuk niat umrah, ustaz akan membawa kami menziarah beberapa tempat yang menjadi tempat wajib ziarah untuk jemaah. Antaranya gua hira', jabal rahmah, mina, juga masjid hudaybiyyah. Semua tempat-tempat ini merupakan tempat berlakunya peristiwa² penting dalam Islam.
.
Antara tempat yang kami lawati dan ziarah⤵️
 Pemandangan dari atas Jabal Rahmah..hijau..dah tak nampak padang pasir.
Bukit tinggi di belakang kami adalah gua Hira'. Alhamdulillah. Suami berpeluang panjat dan tengok dengan dekat tempat nabi menerima wahyu dan ber'uzlah. Suami cakap tempat gua tu kecik jer. Saya mahu ikut tapi tak dibenarkan oleh mr. Bos aka suami😥. Bila balik dia cerita plak, rugi plak saya tak ikut, coz ada jer jemaah perempuan yang ikut...hmmm😏..laki aku larr..katanya tangga untuk naik ke atas gua Hira' tu pun xder lah gelap sangat, sebab ramai orang naik ke atas tu.
.
 Keadaan di jabal Rahmah. Bagi perempuan, seeloknya pakai seluar panjang kalau datang ke sini. Senang nak memanjat😉. Sebabnya, kita hanya dapat menaiki tangga tak sampai separuh. Orang terlalu ramai. Lastly, ramai-ramai sangkut kat tangga. Tak boleh naik juga tak boleh turun.. Adoii..😌. Nasib saya berani panjat jugak batu bukit tu. Tapi kena hati-hati. Takut tergelincir..naya nanti😆..suami banyak membantu saya memanjat.
.
Masa kat atas tu ternampak jugak nama-nama orang yang di tulis di batu-batu..dan kami terjumpa sekeping gambar perempuan. Kata suami "ni mesti ada yang datang dan buat perkara-perkar yang tidak dibenarkan ni". 🤓
.
Di bawah jabal Rahmah, kerajaan Arab saudi telah meletakkan sebesar-besarnya papan tanda melarang para jemaah yang datang melawat dari menulis nama di batu-batu, solat, dan perbuatan lain. Tapi, kalau yang datang ke situ berjuta orang, ada jugak yang species tak dengar cakap😅.

Ladang unta..ini umrah ke3 kami. Sempatlah beli dua botol susu unta. Harga nya 5rial untuk satu botol. Saya minum sikit jer. Sajer nak rasa. Rasanya lemak-lemak masin. Ustaz kata kalau saper-saper 'lalu' nak minum boleh lah beli..susu tu pak arab perah dengan tangan..campur sekali dengan peluh diorang..hahhaa..agaknyer tulah kot, bila saya minum rasa masin sikit😆🤣.
.
 Suami tunjuk kan kepada saya cara pak arab tu tuang susu dalam botol..memang tak hygiene..😌..tangan yang sama pegang unta dan tangan yang sama tuang susu dalam botol. Tapi sebab dah beli..redha jer lah..😆.
.
Di sebabkan kami hanya sempat berkumpul ketika menaiki bas untuk melakukan miqat, banyak taklimat yang disampaikan oleh Ustaz ketika dalam perjalanan di dalam bas sahaja.  Hari ke3 umrah kami miqat dan berniat umrah di masjid Hudaybiyyah. Semasa umrah ke3 ini ustaz siap-siap bagi taklimat untuk hari terakhir kami nanti. Pesannya kepada sesiapa yang nak shopping, sila shopping sebelum tawaf wada'. Bila dah buat tawaf wada' pada hari terakhir, jemaah tidak lagi dibenarkan shopping, mengambil gambar dan solat di masjid. Kalau ada yang melanggarnya akan dikenakan dham@denda.
.
So untuk hari ke6 kami di Mekkah, kami melakukan tawaf wada' pada pukul 10pagi dan selepas itu terus ke surau di hotel kami. Selepas siap solat, semua jemaah diarah makan dahulu dan berkumpul untuk meneruskan perjalanan ke Madinah. Hampir-hampir jugak kami kena tinggal😪, sebab kami masuk ke dewan makan lambat. Sedar-sedar pun bila saya nak kembali ke bilik mengambil beg, bila cuba buka pintu bilik hotel dah lock😅.
.
 Nasib ada seorang jemaah datang cari kami dan bagitau semua orang dah berkumpul dan sedang menuggu kami😄..soorryyy!!!!..biasalah ada anak kecik..hehehe🤣..tapi kami lambat pun rupa-rupanya pekerja hotel buat kerja lagi lambat. Beg-beg yang terkumpul untuk di bawa masuk ke dalam bas terbiar sahaja di tingkat 6. Setelah semua barang dan beg diangkat, kami memulakan perjalanan ke Madinah.



Jemaah Tiram yang sporting k.jue isteri ustaz cakap. Memang itu pun yang saya perhatikan. Kami semua seperti keluarga. Tiada rungutan dan masalah berlaku sepanjang perjalanan umrah kami ini. Kebanyakan nya dah ada pengalaman mengerjakan umrah. Kecuali beberapa jemaah muda termasuk saya dan suami. Yang paling muda baby Fatima Azzahra'😍.
.
Okeylah , disebabkan seharian jugak memblogging hari ini, untuk hari-hari di Madinah saya akan sambung dalam part 3. Stay tune☺️😴..





Monday, 25 December 2017

Travelog Umrah Musim Sejuk Bersama Anak Kecil (part 1)

Assalamualaikum...

(Part 1)
.
Dah lama saya tak buat posting di blog ni..😉..sibuk dengan anak kecil..sibuk dengan hal rumah lah..buat-buat sibuk lah..😆.hehhehe...
.
Untuk posting kali ini saya nak share tentang perjalanan umrah kami pada penghujung bulan november, bulan lepas...sebenarnya yang beria-ia nak pergi ke sana tu adalah suami saya. Sejak tahun lepas lagi dia nak sangat pergi haji. Tapi disebabkan kongkongan masa bekerjanya, rezeki ke tanah suci tak sampai-sampai.. Saya setakat doa jelah..nak pergi tapi fikirkan anak -anak masih kecil ni siapa plak nak menjaga..😥..
.
Alhamdulillah..berkat doa dan ikhtiar sedikit dengan menyimpan emas, so adalah rezeki untuk kami, suami isteri dan baby kecil Fatima Azzahra' untuk ke tanah suci. Lagi pun saya memang niat nak bawa azzahra' kalau dapat ke sana. Bagi saya rezeki kami ke sana adalah rezeki nya..dan suami saya bawa sekali bondanya..so umrah kami kali ini adalah berempat.
.
Di sebabkan budget kami tidak lah banyak , jenuh jugaklah mencari travel agent yang murah untuk kesana..akhirnya jumpa juga kami dengan travel agency Tiram Travel..ngam dengan budget kami rm5-6k sahaja..penginapan hotel pun xjauh, hanya 50 meter sahaja dari Masjid.
.
Semasa mencari travel agency  tu memang emak kami dah nasihatkan supaya mencari hotel yang berdekatan kalau di Mekah..ini supaya senang untuk kami berulang alik ke masjid nanti..penginapan di Madinah mungkin tidak menjadi masalah kerana kebanyakan hotelnya hanya sekeliling masjid Nabawi sahaja.
.
Suami memohon pas cuti 3hari awal untuk urusan menghantar hero-hero kecil kami😍, abu dzar dan yusuf ke kampung di kelantan. Dah siap hantar mereka ke kampung, keesokan harinya kami bertiga bertolak ke Klia. Bonda suami, kami jumpa di klia2 sebab dia dari Sabah.
.
Pakej yang kami ambil ini tidak menyediakan penginapan semasa di K.L. so kena pandai-pandai cari penginapan sendiri..kalau ada saudara boleh lah menumpang semalam..hehhe..tapi di sebabkan saya hanya ada seorang sahaja kakak di K.L, so, kami decided untuk book sahaja hotel di sekitar klia. Dekat dan senang😘.
.
Kami book tune hotel + penerbangan Airasia seminggu lebih awal. Di nasihatkan supaya korang tak payah lah nak booking penerbangan tu bersama-sama dengan hotel..range nyer agak berbeza dan mahal. Kalau nak booking, book asing-asing.
.
Tune hotel tu dalam kawasan klia2. So disebabkan kami kena berkumpul seawal 5.30am di klia, so Tune hotel di klia2 is the best choice..Dekat dan ada train nak ke klia nanti..
.
Inilah intan payung kami..😅..FatimaAzzahra'...mak-mak saudara nya panggil hajjah azzahra' sebab kecik-kecik dah ke Mekah😄😉..
.
Ok lah untuk hari pertama perjalanan umrah (day 1) saya sambung di travelig umrah part 2 plak okey😉..
Stay tune..😘..

Sunday, 19 November 2017

'Mas Kahwin' Real




Real "Mas Kahwin"
==============

Cuti sekolah dah nak menjengah tiba...mesti banyak jemputan kenduri kahwin nanti😍.

Bagi yang masih merancang mendirikan rumah tangga mesti sedikit terkesan dengan kos sara hidup sekarang yang semakin meningkatkan..😧

Tapi jangan sampai membebankan diri sendiri. Yang penting kehidupan selepas perkahwinan bukan hari perkahwinan💑😉.

Jangan kerana tak nak orang kata kita ikut apa orang kata. Jerat diri dengan personal loan semata-mata untuk majlis perkahwinan..😩..no.!..no.!.dah ramai yang menyesal..kita belajar dari pengalaman orang..itu pelajaran yang paling pantas  dan berkesan💪.

Kalau rasa tak tahan godaan  dengan nombor (Wang) simpanan dalam bank..cuba kaedah yang semakin popular ni..menyimpan Emas😍💪..

Lagipun sekarang, trend mas kahwin kertas kepada real "Mas Kahwin" pun semakin popular😍..




Ikhlas,
Authorized Dealer
PG00067105
Nurul Shuhaida
☎0126984752



Thursday, 28 September 2017

Emas Magnet Kekayaan



EMAS MAGNET KEKAYAAN
=================
.
Emas ada aura yang tersendiri..orang yang dah kenal dan 'celik emas' akan alami aura ini..bila dah mula menyimpan emas, susah nak stop..😍..emas menghidupkan aura positive didalam diri penyimpannya.
.
Seperti kata guru saya, menyimpan emas adalah salah satu cara untuk mendisiplinekan kita. Bila kita simpan emas, insyaAllah, duit kita tidak akan 'bocor' di tempat-tempat yang tidak sepatutnya...secara tak langsung kita membina kekayaan kita sendiri💪.
.
Untuk menyimpan emas juga memerlukan ilmu. Jika tidak pasti kita akan tersontot dengan skim cepat kaya.
Pastikan kita memilih company emas yang #trusted, seperti public gold...dan bila beli emas dapat emas..dan yang  penting ianya patuh syariah😎 ..
.
#simpananemas
#syariahcompliance
#celikemas2020
.
Authorised Dealer PG
PG00067105
Nurul Shuhaida
☎0126984752
.

Monday, 24 July 2017

Aurora Italia..(promotion july)

Hey ladies...😍😍
Get your free charm today..hurry up..this promotion only for July..

Berminat

Kunjungi Public gold terdekat dan berikan dealer code ini PG00067105..
Atau contact saya
0126984752.

Monday, 17 July 2017

Travel Budget from Kulim➡K.L➡Kulim Year 2017.

Story July 2017

9 July 2017 travel from Kulim➡K.L
14 July travel from K.L➡Lumut
16 July travel back to Kulim..

Tahun ni kami sekeluarga merancang untuk bercuti sambil-sambil en.suami bertugas. Di sebabkan sejak akhir-akhir ini kenaikan kos keperluan hidup kat Malaysia ni semakin meningkat kami planning untuk berjimat cermat semasa travel nanti.😆

Jarak antara Kulim ke K.L melalui highway agak jauh bagi kami. Mungkin ambil masa yang lama sebab en.suami bukanlah kategori lelaki yang suka rempit dan drift😂..paling laju dia drive pun 100km/j kot. Tu pun time nak takeover..😜..biasanya dia bawa 60-80km/j. Bukan apa safety first katanya. Of course I'm agreed with him. Bawak laju buat apa kalau akhirnya tak sampai @ sampai ke Hospital, hehehhe..😂..

Disebabkan itu kami pun decided untuk travel melalui jalan kampung. Kami fikir sebelum ada highway dan tol mestilah orang dari kedah atau utara ni travel ikut jalan biasa@ kampungkan..so perjalanan kami bermula lebih kurang pukul 11 pagi baru bertolak keluar dari rumah.

Perjalanan pun bermula😅

Day 1

Kami travel dari Kulim ke Bukit Mertajam dan mencari signage untuk ke Ipoh. Yeah..memang jumpa uolls..😜..so kami teruskan jer ikut signage ke Ipoh sehingga lah kami sampai ke Taiping. En.suami memang tak bawa kereta laju. Dalam 60-80km/j jer. Travel bersama 3orang anak ni bukan boleh bawak kereta laju-laju, nanti kan ada yang tergolek ke bawah, jatuh..😂..

Sepanjang perjalanan di Taiping, kami nampak signage ke Zoo Taiping dan Bukit Merah Lake Town Resort. Tapi kami tak singgah pun. Kami teruskan perjalanan sehingga nampak signage ke Kuala Kangsar/ Ipoh. Kami teruskan lagi dan nampak signage ke Lumut.

Kami follow jer signage warna biru. Kalau signage hijau tu nanti akan masuk highway tau.😉. kami melalui Kuala Kangsar, ke Lumut. Dah nak sampai Lumut, kami nampak exist melalui setiawan, kami exist melalui Setiawan dan teruskan ikut signage ke Teluk Intan.

Perjalanan di teruskan. Semasa kami exist ke Teluk Intan, waktu dah petang. Lebih kurang pukul 5. Selepas sampai jambatan sultan Yusuf dan simpang 3 ke Teluk Intan kami ikut signage ke Kuala Selangor. Bila dah exist Ke Kuala Selangor, hari dah nak maghrib.

Kami berhenti sekejap di restoran di tepi jalan semasa di Kuala Selangor. Tempatnya betul-betul di tepi simpang 4 jalan (traffic light). Namanya kami lupa😂..tapi makanannya sedap dan harganya pun berpatutan..👍😅..kat situlah kami settlekan anak-anak. Ada yang nak kencing, berak..😂..Kedai tu sediakan surau. Tapi kami jama' ta'khir..susahlah anak-anak kecik ni..

Dah settle semua, perut pun dah berisi kami teruskan perjalanan sehingga jumpa simpang 3 dan nampak exist ke Kuala Lumpur..kami exist melalui jalan tersebut dan nampaklah signage kampung kuantan, kampung kelip-kelip..tapi kami tak singgahlah..next time kami lalu bolehlah kot singgah😜..

Kami teruskan lagi perjalanan, waktu dah malam..lama jugaklah..hahaha...rasa macam balik ke Kelantan time raya jer😂😜. Tapi yang syioknya kami dapat tengok kampung. En.suami pun tak kalut nak drive laju..slow and steady jer..hehehe..😍..Boleh berhenti kat mana-mana jer bila-bila masa. Biasalah bawak 'anak-anak rebina' yang sedang membesar..kejap-kejap nak makan..kejap-kejap nak kencing😂. Kalau lalu highway memang kena stop kat R&R jer lah..

Dari Kuala Selangor tu, kami melalui Sg. Buluh dan Kepong. Seterusnya ke Batu Caves. Sampai di bulatan Batu Caves kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Sampai di Mindeff jam lebih kurang pukul 11mlm..fuhhh!!..lama jugak..hahaha..tapi rasanya kalau drive lebih dari kelajuan yang en.suami saya drive, dan tak stop banyak tempat macam kami ni boleh sampai awal lagi kot😜.


Day 2.

Waktu pagi hari kedua di K.L, en. Suami keluar untuk buat urusan kerjanya. Saya dan anak-anak hanya stay di penginapan sementara menunggu suami siapkan urusan. Biasalah dah sampai tempat baru..semua benda nak main..


Day 3-4

Waktu pagi en.suami akan settle kan urusan kerjanya. Kami hanya keluarkan selepas dia selesaikan urusan kerjanya. Sebelah petang kami bawa mereka jalan-jalan..naik 'Thomas & friends' (LRT) ke KLCC.







Day 5

Selesai urusan en.suami, hari ke 5 kami checkout dan mulakan balik perjalanan pulang ke Kulim. Sebelum pulang kami jalan-jalan dulu ke Bukit Tinggi. 
Saya ingatkan orang jepun..hahaha..😂..





Selesai jalan-jalan di Bukit Tinggi, kami teruskan perjalanan ke Lumut..kami melalui jalan yang sama semasa datang ke K.L..dari Bukit Tinggi ke Lumut kami melalui Gombak➡Batu Caves➡Kepong➡Kuala Selangor➡Teluk Intan➡Lumut.





Sampai di Lumut kami singgah di rumah kakak..bagi anak-anak berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka.😍


Semalaman kami di Lumut, kami teruskan perjalanan pulang ke Kulim melalui Taiping. Kali ini kami tidak melalui bandar Kuala Kangsar kerana dari Lumut kami exist melalui Terong dan terus ke Taiping. Pada mulanya kami confuse sebab semasa travel ke K.L kami melalui bandar Kuala Kangsar. Rupa-rupanya jalan yang kami travel tu tidak melalui Kuala Kangsar. 

Kata suami, alang-alang dah sampai Taiping dan confuse nak melalui jalan mana..kami decided untuk singgah di Zoo Taiping..sajer nak bagi anak-anak tengok binatang kat dalam tu😍




Abu dzar beria nak masuk nak bagi makan kanggaroo...tapi tak dapat..visitor/pelawat tertentu (VIP kot) jer yg dibenarkan masuk..😁

Selepas dah letih..yusuf Anak ke2 kami dah keletihan. Yang bongsu pun dah nak tidur. Mama dan papanya memang letih..tapi melayankan yang sulung..penat betul layan orang yang banyak energy macam anak sulung ni..hahaha.😁..sampai en.suami pun dah surrender..😆😅..

Kami keluar dari Zoo Taiping petang. Kami teruskan perjalanan ke Butterworth. Kami just follow jer signage ke Butterworth sehinggalah kami nampak signage ke Bukit Mertajam..kami teruskan ke Bukit Mertajam dan nampak pulak signage ke Kulim. So kami tak teruskan ke Bukit Mertajam lagi malah terus kan perjalanan ke Kulim melalui Junjung.  Alhamdulillah sampai juga kami di Kulim. Sebelum sampai di rumah kami singgah lah sekejap makan malam di restoran Thai berdekatan😇. Alhamdulillah..kami tiba di home sweet home lebih kurang pukul 10mlm.

Fuhhhh!!..penat..tapi seronok..😁😅😇.
Yang penting travel kami kali ini menjimatkan dan menyeronokkan. En.suami juga bersyukur kerana budget kali ini masih berbaki..so baki masuk tabung..hahahaha..😆😁

P/s: untuk yang nak tahu jalan mana kami travel. Ini 👇lah jalan yang kami lalui. Tanpa highway dan tol. Kelajuan 60-80km/j jer😁..sambil-sambil menikmati pemandangan kampung di sepanjang perjalanan. 

Pergi: Kulim➡Bukit Mertajam➡Ipoh/Taiping➡Kuala Kangsar➡Lumut (exist Setiawan)➡Teluk Intan➡Kuala Selangor➡Sungai Buluh➡Kepong➡Batu Caves➡K.L..

Balik:K.L➡B.Caves➡Kepong➡Sg. Buluh➡Kuala Selangor➡Teluk Intan➡Lumut➡Pantai Remis➡Terong➡Taiping/Ipoh➡Butterworth➡Bukit Mertajam➡Junjung➡Kulim..

Saturday, 3 June 2017

Pengesahan Patuh Syariah

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah.

Berikut adalah penjelasan bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, oleh Master Dealer PG dan muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, in sha Allah.

Berikut adalah bukti penerimaan syariah compliant @ patuh syariah oleh Public Gold yang telah disiarkan di dada akhbar tempatan.








Friday, 2 June 2017

Cara top up akaun GAP

CARA TOP UP AKAUN GAP
==================

Bagi siapa yang dah ada akaun emas gap boleh top up simpanan emas anda pada bila2 masa sahaja. Paling bagus kalau top up semasa harga tengah murah. Jumlah top up minimum ialah 1gram.

Ada dua cara tambah belian GAP:

Cara PERTAMA, pergi ke web www.publicgold.com.my, refer harga GAP dan klik button "Buy Now". Itu kaedah FPX, ada caj RM1 setiap transaksi.

Cara KEDUA, buat secara manual melalui web:

(1) Masukkan duit ke mana-mana akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

   ♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
   ♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
   ♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(2) Login web > My GAP > Puchase. Lepas tu masukkan maklumat belian & upload slip bayaran.

Sekiranya anda tidak berjaya membuat pembelian seperti diatas anda boleh mengunakan cara ketiga.

Cara KETIGA,  ialah emailkan detail pembelian GAP ke branch.
1)Nama Penuh
2)No IC
3)Contact Number
4)Email
5)PG Code
Bank in amount ikut harga semasa GAP ke account berikut:-
*MBB-5571-3923-8048*
7)Email ke *asb@publicgold.com.my* staff akan update pembelian customer😉

(3) Tunggu PG update GAP Statement dalam masa 2 hari bekerja.

Selesai.😇

Wednesday, 22 March 2017

GADAI EMAS


GADAI EMAS DI AR-RAHN PKB

Emas Public Gold boleh pajak di Ar-Rahn Permodalan Kota Bharu TANPA PERLU BUKA SEAL. Item paling besar yang diterima tanpa perlu buka seal ialah gold bar 100 gram.

Jadi untuk penyimpan emas Public Gold, sekarang sudah ada 3 institusi ar-rahnu yang terima pajakan emas LBMA keluaran PG tanpa perlu buka seal.

1. Pos Ar-Rahnu
2. Ar-Rahnu KPMNJ (Johor)
3. Ar-Rahn PKB

Ar-Rahn PKB ada cawangan di;

1. Kota Bharu
2. KL
3. Selangor
4. Pahang
5. Kedah
6. Perlis
7. Sabah

Senarai cawangan boleh cek di www.arrahn.com.my .

Ar-Rahn PKB adalah antara institusi ar-rahnu yang terawal di Malaysia.

Sekarang...
Mudah nya nk  menggadai emas keluaran public gold..😍😍
semakin lama semakin memudahkan penyimpannya..
Public gold is gold for public..
Mulakan simpanan masa depan sekarang...

Wednesday, 1 February 2017

Forgotten saving


Emas adalah aset simpanan terbaik kepada mereka yang mahu memulakan simpanan. Simpanan wang kadangkalanya boleh menggugat iman  kita untuk kekal menyimpan.

Mungkin ada diantara kita yang tidak tahan melihat duit simpanan yang banyak. Mesti akan terpikir di dalam hati nak membeli atau pun membelanjakan wang yang disimpan itu.

So salah satu cara untuk mengekalkan simpanan tersebut adalah dengan menukarkannya kepada Emas. Tips ini saya perolehi daripada mentor a.k.a sifu saya Mohd Zulkifli Shafie.

Beliau mengatakan dalam blognya supaya menjadikan Emas sebagai forgotten saving. Dengan cara ini simpanan kita akan kekal dan selamat daripada kebocoran.

Tips ini berjaya mengubah kehidupan saya dan suami dalam membuat simpanan. Kami mula membuat simpanan pada tahun 2015 sehingga sekarang dan Alhamdulillah, kami berjaya menjadikan Emas sebagai forgotten saving.

Caranya: simpan. Simpan. Simpan..Dan terus menyimpan. Lupakan simpanan tadi. Jangan lupa keluarkan zakat Emas bila dah cukup haul.

Forgotten saving juga dapat mendisiplinkan kita dalam membuat simpanan. Pengalaman saya sepanjang setahun lebih membuat simpanan Emas menjadikan kita lebih berdisiplin dalam membuat simpanan.

Apakah bukti simpanan Emas ini dapat mendisiplin kita?
Percaya atau tidak, bila kita sudah memiliki emas, perasan tamak akan muncul. ( bukan tamak seperti Qarun yer..;-)..)
Dan siapa yang tidak sukakan Emas.? Especially perempuan.
Mesti semua orang sukakan Emas. Betul tak?

Selepas melihat simpanan Emas yang kami buat kami bersetuju untuk menyimpan lebih banyak emas supaya kami boleh keluarkan zakat Emas. Kami mahu mencari keberkatan dalam membuat simpanan Emas. Kenapa? Sebab kami mahu 'kaya dunia dan kaya akhirat'.

Tips peribadi saya dalam pengeluaran zakat adalah membuat pembayaran zakat ketika bulan Ramadhan.
Ini salah satu cara kami beramal sambil beribadat..

Kami mahu mengekalkan kekayaan melalui simpanan emas kerana Emas kalis inflasi. Dan kami mahu mengeluarkan zakat untuk mendapat keberkatan dunia dan pahala akhirat.

So, simpanan Emas ini bukan hanya dapat menjadikan kita berdisiplin dalam membuat simpanan, malah Emas dapat memanafaatkan hidup kita mencari keberkatan hidup si dunia melalui pengeluaran zakat Emas.
Bukankah ini sangat bermanafaat. ;-)..


Authorised Dealer
Publicgold
Nurul Shuhaida Binti Mohd Salleh PG00067105
0126984752



Tuesday, 3 January 2017

DANA. KECEMASAN & ASET BERPANJANGAN



DANA KECEMASAN & ASET BERPANJANGAN
----------
Emas adalah aset yang amat senang untuk di cairkan @di tukarkan kepada nilai RM..kalau kita fikirkan kembali zaman mak2 kita dahulu mesti akan membeli barang kemas. Kalau tak banyak pun mesti sedikit.

Bila ketiadaan wang, barang kemas inilah yang akan menjadi barang gadaian untuk mendapatkan wang. Samalah seperti sekarang. Procedure untuk menggadaikannya senang dan cepat.
Cukup hanya dengan membawa emas yang hendak di gadai, dan pengenalan diri(IC). Dalam tempoh beberapa minit selepas itu kita akan mendapat wang hasil gadaian tersebut.

Ada lagi habit bagus mak2 kita berkaitan dengan emas ni. Mereka tidak akan menjual emas mereka sehinggalah mereka meninggalkan dunia ini (Sayang sungguh mereka dengan barang kemas mereka ni ;-)..).
Apa kebaikannya untuk anak2 mereka? Emas ini akan menjadi harta warisan yang boleh diturunkan kepada anak2 mereka. Terutama anak@menantu perempuan. Emas ini dibahagi2 kan kepada anak perempuan @menantu perempuan mereka apabila waris2 ini meningkat dewasa @ sebagai hadiah perkahwinan.

Walaupun usia emas tersebut telah lama @ designnya telah outdated, ianya tetap dikira bernilai kerana emas tersebut dikira berdasarkan kandungan emas bukannya design @ usianya.

Begitulah hebatnya perancangan mak2 kita untuk pelaburan jangka panjangkan mereka. Kebaikannya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga mereka.

Apakata sebagai generasi Y & Z yang lebih banyak diberi pendedahan tentang kepentingan emas, jadikanlah simpanan emas ini sebagai salah satu aset untuk jangka panjang dan juga dana kecemasan.

|Nurul Shuhaida Binti Mohd Salleh PG00067105|  0126984752