Tuesday, 3 January 2017

DANA. KECEMASAN & ASET BERPANJANGAN



DANA KECEMASAN & ASET BERPANJANGAN
----------
Emas adalah aset yang amat senang untuk di cairkan @di tukarkan kepada nilai RM..kalau kita fikirkan kembali zaman mak2 kita dahulu mesti akan membeli barang kemas. Kalau tak banyak pun mesti sedikit.

Bila ketiadaan wang, barang kemas inilah yang akan menjadi barang gadaian untuk mendapatkan wang. Samalah seperti sekarang. Procedure untuk menggadaikannya senang dan cepat.
Cukup hanya dengan membawa emas yang hendak di gadai, dan pengenalan diri(IC). Dalam tempoh beberapa minit selepas itu kita akan mendapat wang hasil gadaian tersebut.

Ada lagi habit bagus mak2 kita berkaitan dengan emas ni. Mereka tidak akan menjual emas mereka sehinggalah mereka meninggalkan dunia ini (Sayang sungguh mereka dengan barang kemas mereka ni ;-)..).
Apa kebaikannya untuk anak2 mereka? Emas ini akan menjadi harta warisan yang boleh diturunkan kepada anak2 mereka. Terutama anak@menantu perempuan. Emas ini dibahagi2 kan kepada anak perempuan @menantu perempuan mereka apabila waris2 ini meningkat dewasa @ sebagai hadiah perkahwinan.

Walaupun usia emas tersebut telah lama @ designnya telah outdated, ianya tetap dikira bernilai kerana emas tersebut dikira berdasarkan kandungan emas bukannya design @ usianya.

Begitulah hebatnya perancangan mak2 kita untuk pelaburan jangka panjangkan mereka. Kebaikannya bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga mereka.

Apakata sebagai generasi Y & Z yang lebih banyak diberi pendedahan tentang kepentingan emas, jadikanlah simpanan emas ini sebagai salah satu aset untuk jangka panjang dan juga dana kecemasan.

|Nurul Shuhaida Binti Mohd Salleh PG00067105|  0126984752