Saturday, 3 June 2017

Pengesahan Patuh Syariah

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah.

Berikut adalah penjelasan bagaimana proses jual beli Public Gold dari perspektif shariah, oleh Master Dealer PG dan muamalat Islam, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri;

Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold, dan berurusniaga dengan penuh yakin, in sha Allah.

Berikut adalah bukti penerimaan syariah compliant @ patuh syariah oleh Public Gold yang telah disiarkan di dada akhbar tempatan.








Friday, 2 June 2017

Cara top up akaun GAP

CARA TOP UP AKAUN GAP
==================

Bagi siapa yang dah ada akaun emas gap boleh top up simpanan emas anda pada bila2 masa sahaja. Paling bagus kalau top up semasa harga tengah murah. Jumlah top up minimum ialah 1gram.

Ada dua cara tambah belian GAP:

Cara PERTAMA, pergi ke web www.publicgold.com.my, refer harga GAP dan klik button "Buy Now". Itu kaedah FPX, ada caj RM1 setiap transaksi.

Cara KEDUA, buat secara manual melalui web:

(1) Masukkan duit ke mana-mana akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

   ♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
   ♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
   ♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(2) Login web > My GAP > Puchase. Lepas tu masukkan maklumat belian & upload slip bayaran.

Sekiranya anda tidak berjaya membuat pembelian seperti diatas anda boleh mengunakan cara ketiga.

Cara KETIGA,  ialah emailkan detail pembelian GAP ke branch.
1)Nama Penuh
2)No IC
3)Contact Number
4)Email
5)PG Code
Bank in amount ikut harga semasa GAP ke account berikut:-
*MBB-5571-3923-8048*
7)Email ke *asb@publicgold.com.my* staff akan update pembelian customer๐Ÿ˜‰

(3) Tunggu PG update GAP Statement dalam masa 2 hari bekerja.

Selesai.๐Ÿ˜‡